Ramon Marcote Bersedia Untuk Jawatan Pengarah Teknikal Di Liga Malaysia

Pada Julai tahun ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia telah mewajibkan agar semua pasukan yang bertanding di Liga Malaysia mempunyai Pengarah Teknikal masing-masing.

Malah perkara tersebut adalah mandatori bagi kelab-kelab yang bertanding bagi menjamin pelesenan kelab mulai musim hadapan.

Antara sebab mengapa kewujudan jawatan Pengarah Teknikal di setiap kelab dan persatuan diberikan penekanan oleh FAM adalah untuk melahirkan ramai bakat baharu sekaligus mewujudkan ekosistem bola sepak yang tersusun di peringkat akar umbi.

Antara yang dikaitkan dengan jawatan Pengarah Teknikal di Liga Malaysia pada musim hadapan adalah bekas pengendali pasukan Kedah FA, Ramon Marcote.

Ketika dihubungi oleh wakil Semuanya BOLA untuk mengesahkan perkara tersebut, beliau berkata setakat ini belum lagi dihubungi oleh mana-mana pihak di Liga Malaysia mengenai jawatan dan peranan berkenaan.

Ditanya jika beliau berminat untuk memegang peranan sebagai Pengarah Teknikal di Liga Malaysia sekiranya ditawarkan peranan tersebut ini jawapan beliau:

“Sudah tentu saya berminat. Seperti saya katakan sebelum ini, bola sepak di Malaysia mempunyai potensi yang cukup besar untuk bergerak ke hadapan,” ujar beliau.

“Sasaran utama saya adalah di dalam bidang kejurulatihan. Tetapi jika ada pihak yang berpendapat profil diri saya boleh membantu dalam aspek lain [Pengarah Teknikal], saya bersedia untuk melakukannya.

“Sehingga kini saya belum dihubungi oleh mana-mana pihak dari Malaysia mengenai perkara tersebut.”

Selain daripada pernah mengendalikan pasukan Kedah, jurulatih yang memiliki lesen kejurulatihan UEFA Pro itu turut pernah bersama Atletico Madrid di dalam pasukan kejurulatihan kelab La Liga itu.

Pernah bergelar pembantu kepada Tan Cheng Hoe pada musim 2015, jurulatih ini membantu skuad Lang Merah bergelar juara Liga Premier dan naib juara Piala Malaysia pada musim yang sama.

Antara pasukan yang dikhabarkan mengintai khidmat jurulatih dari Sepanyol itu untuk mengisi jawatan Pengarah Teknikal ialah Selangor.

Namun sehingga artikel ini ditulis, belum ada apa-apa pengesahan mengenai perkara tersebut daripada pihak pengurusan FAS. Kami akan berusaha untuk mendapatkan kepastian mengenai sejauh mana benarnya perkara ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN