Piala Malaysia 2019: Aura SNBJ Tingkatkan Keghairahan Penyokong Kedah, JDT

SNBJ

Pemilihan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sebagai gelanggang rasmi perlawanan akhir Piala Malaysia 2019 pada 2 November ini pasti menimbulkan lagi keghairahan penyokong Kedah dan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Malah kemudahan pengangkutan yang lebih baik dan tambahan jumlah kapisiti penonton yang lebih tinggi berbanding Stadium Shah Alam turut menjadikan Stadium Nasional sebagai daya tarikan kepada penyokong untuk hadir ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2019.

Kedah
Shahrul Samsudin

Setiausaha Eksekutif Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Shahrul Samsudin optimis fenomena di final Piala FA 2019 pasti terjadi sekali lagi dengan puluhan ribu penyokong skuad Hijau Kuning akan hadir memberikan sokongan padu kepada pasukan kesayangan mereka.

“Kita telah menerima perkhabaran daripada pihak Malaysian Football League (MFL) yang Stadium Nasional akan menjadi venue perlawanan akhir Piala Malaysia pada mesyuarat penyelaras pasukan yang beraksi di separuh akhir.

“Berdasarkan apa yang berlaku pada final-final musim lepas, kita percaya penyokong-penyokong akan membanjiri Stadium Nasional dan bertambah menarik perlawanan ini umpama pertembungan membalas dendam buat Kedah.

“Pada tahun 2017, kita tewas kepada pasukan yang sama (JDT) dan perlawanan ini kemuncak kepada musim 2019 apabila johan Liga Super dan johan Piala FA bertemu di perlawanan akhir, ” katanya.

PBNJ
Kapten Mohd. Anizam Jamian

Hasrat sama turut diutarakan Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Kapten Mohd. Anizam Jamian, yang menyifatkan pasukan JDT begitu gembira untuk kembali ke SNBJ selepas kali terakhir bermain di pentas final di sana pada 2014.

Mohd. Anizam berpandangan sememangnya SNBJ mempunyai prestij tersendiri dan layak menganjurkan perlawanan akhir Piala Malaysia yang menjadi kemuncak kepada penghujung saingan Liga Malaysia.

“JDT kali ini sangat-sangat teruja bermain di pentas perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional selepas sekian lama kami tidak bermain di sini.

“Sebagaimana semua maklum, Stadium Nasional merupakan salah satu venue yang begitu baik untuk diadakan perlawanan akhir dan kita sangat-sangat bersedia kali ini merasai kemeriahannya.

“Kita mahu merasai kehangatan final Piala Malaysia dan kita juga mahukan kejuaraan Piala Malaysia pada edisi kali ini, ” katanya.

Kredit foto: AFC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN