Ramai Pihak Tidak Senang Jika Chelsea Muncul Juara Trofi Ini

Mana-mana badan pengurusan liga bola sepak di dunia tidak lari daripada membuat keputusan tidak popular. Tidak terlepas ialah English Football League (EFL).

Mereka dikecam hebat kerana membuka penyertaan untuk EFL Checkatrade Trophy kepada pasukan simpanan atau akademi kelab berstatus Premier League dan Championship.

Musim ini musim kedua mereka melaksanakan peraturan tersebut. Dikhabarkan format ini akan kekal buat lagi semusim.

Chelsea mara ke separuh akhir

Chelsea semasa perlawanan tersebut.

Pasukan Bawah-21 Chelsea menyertai sekali lagi kejohanan ini. Musim lepas, mereka tersingkir dalam pusingan kumpulan.

Kali ini, mereka mara sejauh ke separuh akhir. Secara tidak langsung mereka memecahkan rekod pasukan akademi Swansea City yang mara hingga ke suku akhir pada musim lalu.

Tetapi, pasukan bawah-21 Chelsea telah pun tewas kepada Lincoln City melalui sepakan penalti 4-2 pada separuh akhir.

Andainya mereka mara ke final, ramai pihak seolah tidak rela melihat pasukan itu menjulang EFL Checkatrade Trophy.

Antara takdir tercipta dan boikot

Coventry memenanginya pada musim lalu. Sumber: Racing Post.

Mujurlah dua musim berturut-turut tidak ada skuad simpanan atau akademi yang mara ke final. Musim lepas Coventry memenanginya dengan menewaskan Oxford United.

Musim ini pula mempertemukan antara Lincoln City dengan Shrewsbury Town. Shrewsbury pernah mara ke final pada 1996 tetapi tewas. Berbeza dengan Lincoln pula tidak pernah ke final.

Ramai penyokong memboikot perlawanan dalam kejohanan ini. Mereka tidak hadir ke stadium untuk menonton perlawanan. Sehinggakan tidak sampai 1000 penonton pada satu-satu masa.

Tindakan boikot ini sebenarnya dibantu dengan saluran laman-laman sosial. Sekiranya EFL memuatnaik pos mengenai kejohanan ini di Facebook, betapa ramainya melepaskan geram di sana.

Sudah ditakdirkan EFL Checkatrade Trophy ini khas untuk League One dan League Two sahaja. Bagi penyokong, di situlah nikmat memenangi sebuah trofi untuk diletakkan dalam sejarah kelab.

Penutup

Seharusnya EFL perlu peka dengan suara majoriti yang mahukan pengekalan budaya. Bukannya tindakan syok sendiri yang belum tentu memberikan kesan.

Walaupun tindakan EFL itu mendapat sokongan 2/3 kelab bertanding.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN