EFL Championship 2017/18, Persaingan Terbuka Untuk Ke EPL

Tidak lama dahulu, Wolves mempunyai jurang mata yang cukup banyak. Namun begitu, mereka telah mula mencicirkan mata.

Antara perlawanan membuktikan kemerosotan Wolves ialah kekalahan ketika derbi West Midlands kelmarin. Wolves ditewaskan Aston Villa di Villa Park.

Karam

Albert Adomah menjaringkan gol untuk tuan rumah pada minit ke-8. Kemudiannya, Wolves meraih gol penyamaan pada minit ke-20 melalui Diogo Jota.

Keputusan terikat 1-1 sehingga tamat separuh masa pertama. Villa kembali mendahului dengan gol James Chester pada minit ke-57.

5 minit kemudian, Villa menambah gol yang disumbangkan oleh Lewis Grabban. Birkir Bjarnason melengkapkan kemenangan bergaya dengan gol pada minit ke-85.

Menurut pengurus Aston Villa, Steve Bruce mahu pasukannya mengejar Wolves dari belakang. Bukan kelabnya sahaja, malah Cardiff dan Fulham turut cuba mencabar kedudukan Wolves.

Kini, Villa menduduki tangga ke-3 EFL Championship, 7 mata di belakang Wolves. Namun, Cardiff di tempat kedua hanya beza 3 mata dengan pendahulu tersebut.

Pesta penalti

4 gol telah dijaringkan dalam perlawanan penalti sewaktu Hull menentang Norwich. Pada separuh masa, Norwich mendahului Hull dengan 3 gol berbalas 2.

Seawal minit ke-6, Jackson Irvine menjaringkan gol pertama perlawanan untuk Hull.

2 gol Norwich disumbangkan melalui penalti yang dijaringkan James Maddison pada minit ke-18 dan ke-39. Pada minit ke-41, Hull pula diberikan penalti dan disempurnakan oleh Abel Hernandez.

Kemudiannya, pasukan tuan rumah menyamakan kedudukan setelah bermula separuh masa kedua. Abel Hernandez sekali lagi menyumbat penalti pada minit ke-48.

Akhirnya, Hull meraih gol kemenangan pada minit ke-71 melalui gol Harry Wilson. Norwich gagal memanfaatkan kelebihan jaringan dan terpaksa akur.

Kedudukan terkini EFL Championship

Carta terkini EFL Championship selepas 27 perlawanan. Sumber: BBC.

3 kelab tangga tercorot, Birmingham, Burton dan Sunderland masih bernafas untuk kekal dalam saingan liga. Ini kerana bilangan mata masih terlalu rapat.

Bagi kelab di kelompok ‘top half,’ mereka masih ada sekurang-kurangnya 9 perlawanan untuk memintas kelab yang berada tangga 6 teratas.

Dalam kata lain, Aston Villa, Fulham, Derby dan Middlesbrough belum tentu selesa berada di zon play-off.

Mungkinkah Wolves akan tertewas pada saat-saat akhir? Atau Sunderland akan terselamat.

Atau ada kelab yang baru akan menyertai Premier League?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN