Ramadhan Saifullah Antara Tumpuan Utama Aksi Kuching City & Sabah

Ramadhan Saifullah menjadi antara pemain tumpuan untuk aksi hari ini membabitkan pasukan diwakilinya iaitu Kuching City yang akan berdepan cabaran Sabah untuk saingan suku akhir pertama Piala Malaysia 2024/2025.

Aksi yang bakal berlangsung di Stadium Negeri itu menyaksikan kedua pasukan sudah tentu bakal mempersiapkan barisan pemain terbaik mereka untuk cuba meraih kemenangan pada aksi pusingan pertama.

Imbas kembali pada lima pertemuan lalu kedua pasukan itu, kelebihan dilihat terarah kepada Sabah yang mencatat empat kemenangan serta masing-masing hanya terikat sekali pada saingan Piala Malaysia tahun lalu.

Malah kali terakhir kedua pasukan ini bertemu pada empat Disember lalu dalam saingan Liga Super apabila ia memihak kepada Sabah menerusi kemenangan 2-1 juga di Stadium Negeri.

Sudah tentu Aidil Sharin Sahak selaku pengendali Kuching City telah memikirkan rencana bersesuaian untuk memastikan sejarah lalu tidak berulang dan kemenangan mampu dilakar beliau bersama para pemain.

Pada masa sama, skuad kendalian Alto Linus juga sudah tentu ingin mengekalkan momentum kemenangan mereka bagi mencerahkan peluang ke pentas separuh akhir.

Berikut merupakan tiga pemain tumpuan membabitkan kedua pasukan tersebut untuk aksi hari ini di Stadium Negeri bagi misi menentukan kemenangan pertama.

Ramadhan Saifullah (Kuching City)

Pemain sayap lincah yang dipinjamkan oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) ini dijangka bakal menjadi pilihan utama Aidil Sharin untuk menjadi antara peneraju serangan mereka berdepan Sabah.

Ketika ini, Ramadhan telah pun meledak dua gol daripada lapan penampilan di pentas domestik bersama Kuching City bersama aksi cukup menyakinkan.

Dua gol berturut-turut diledak ketika menghadapi Penang lalu bakal menjadi pemangkin semangat terbaik buat pemain lincah ini untuk menghadapi cabaran Sabah.

Tchetche Kipre

Penyerang import veteran ini meneruskan momentum terbaik beliau bersama skuad kendalian Aidil Sharin selaku antara penggempur utama pasukan di pentas domestik.

Secara keseluruhan, Kipre telah pun meledak lima gol bersama tiga bantuan jaringan dan dijangka Aidil mungkin akan meletakkan beliau untuk bergandingan bersama Jordan Mintah di posisi hadapan kelab.

Lincah, tajam, serta keupayaan fizikal Kipre bakal ditagih untuk mengatasi disiplin pertahanan pasukan lawan yang dijangka bakal tampil lebih kental.

Joao Pedro

Penyerang paling berbisa buat Sabah ketika ini dan dijangka bakal menjadi ancaman cukup besar kepada Kuching City jika beliau tidak dikawal sepenuhnya.

Sembilan perlawanan bersama lapan gol direkodkan pemain dari Brazil itu cukup untuk menggambarkan betapa berbahayanya Joao Pedro selaku penyerang utama Sabah.

Kualiti Pedro terarah kepada kemampuan beliau meledak gol dari pelbagai sudut sukar serta bijak meletakkan diri di posisi terbaik untuk menerim umpanan rakan sepasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN