Semangat Tinggi Aguero Buat Malaysia Raih Perhatian Peminat

Pemain tengah Harimau Malaya iaitu Sergio Aguero sentiasa menjadi antara perhatian utama para peminat bola sepak kebangsaan, ekoran jiwa dimiliki beliau ketara demi lencana di dada.

Sejak mendapat status kerakyatan pada tahun 2022, pemain ini dilihat tampil berdedikasi untuk menjadi rakyat Malaysia dan terus membuktikan dirinya masih lagi relevan untuk menyarung jersi kebangsaan pada masa hadapan.

Penantian beliau berbaloi sejak kali terakhir beliau menyarung jersi kebangsaan pada bulan Jun lalu ketika aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 berdepan Taiwan.

Sehingga nama Aguero terus menjadi kepercayaan Pau Marti Vicente untuk bersama-sama Harimau Malaya memperkukuhkan jentera hadapan bagi menghadapi perlawanan menentang India serta Laos serta kini menjadi tonggak utama di pentas Asean Championship 2024.

Malah, pemain kelahiran Argentina ini mempamerkan aksi cukup memukau ketika menjadi salah seorang tonggak Malaysia ketika berdepan Thailand pada aksi ketiga sebelum itu.

Bermain di posisi tengah, Aguero antara pemain yang cukup sibuk dan hampir serata arah padang beliau bergerak dalam usaha untuk memastikan penguasaan bola menjadi milik pasukan kebangsaan.

Selain aktif membantu serangan Malaysia, Aguero juga kerap turun ke bawah untuk membentuk kombinasi bersama Syamer bagi mengekang setiap pergerakan pasukan lawan.

Terbaharu, semangat tinggi dipamerkan oleh Aguero di bilik persalinan sebelum aksi berdepan untuk memberi motivasi kepada rakan sepasukan turut meraih pujian penuh daripada para peminat.

Menerusi klip dikongsikan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), pemain Sri Pahang itu tampil memberi kata-kata semangat untuk rakan sepasukan lain serta turut diikuti oleh kapten Harimau Malaya, Syamer Kutty Abba.

“Semangat pemain ni mewakili negara, sebelum game lawan Thai ramai juga yang kecam mamat ni. Apapun terima kasih Aguero sanggup bermain untuk negara Malaysia,” komen Irwa Azrin di ruangan komen.

“Aguero ni memang nampak dari dulu bersemangat menyarungi jersi HM,” puji Raz Fantastico pula mengenai pemain tengah versatil tersebut.

“Aguero dengan Josue, Endrick pon yang betul betul layak dapat IC. Bagi all out dan sentiasa pilih negara dan kelab. Naturalisasi lain sekadar untuk cari makan,” ulas Dhia Putera pula.

“Malu rasa dengan yang baru jadi warganegara, depa plak yang terlebih semangat. Mantap semua yang sanggup bekorban untuk negara,” kata Syahir Che Umar.

Selain itu, pelbagai lagi komen positif diberikan oleh peminat di media sosial kepada Aguero serta skuad kebangsaan dengan harapan Malaysia mampu kembali bangkit meraih kenenangan bagi aksi seterusnya pula.

Sumber:
Foto: Shah Amirul

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN