Segalanya tampak tidak menjadi pada awal pembukaan tahun 2022 buat pasukan Manchester United yang masih gagal untuk menemui rentak terbaik mereka dibawah kendalian Ralf Rangnick.
Tindakan Rangnick yang menurunkan Phil Jones semalam nyata menjadi pertikaian apabila pemain tersebut tidak pernah bermain sejak Januari 2020 akibat kecederaan lutut yang panjang.
Walaupun pemain tersebut cuba memberi yang terbaik semalam, namun agak pelik untuk memberi peluang buat Jones yang tidak bermain hampir dua tahun ini dalam kesebelasan utama.
Pada aksi awal pagi tadi, skuad kendalian beliau tumpas di tangan Wolves dengan keputusan 1-0 di Old Trafford dengan mencatat sejarah sejak tahun 1980 kali terakhir pasukan tersebut mencatat kemenangan di sana.
Keputusan semalam juga menyaksikan Rangnick mencatat kekalahan pertama bersama The Red Devils sejak mengambil tampuk kejurulatihan pasukan tersebut.
Kejutan berlaku bukan sahaja pada gol Joao Moutinho pada minit ke-82, tetapi pasukan lawan juga mendominasi permainan sejak tiupan awal wisel dibunyikan.
“Kami tidak bermain dengan baik secara individu atau secara berpasukan. Sudah tentu saya kecewa dengan keputusan perlawanan serta persembahan yang dipamerkan.”
“Wolves merupakan pasukan yang sangat baik pernah saya bertemu. Kami mempunyai banyak masalah perlu diperbaiki.”
Tambah Rangnick, pasukan kendalian beliau langsung tidak melakukan penekanan terhadap lawan walaupun cuba memberi tentangan akan corak permainan mereka.
Beliau juga mengaku lawan lebih bersedia dalam perlawanan tersebut berbanding anak buahnya.
Rangnick menhabiskan masa selama sebulan bercakap mengenai perlunya penguasaan bola dalam perlawanan namun United gagal untuk memberi apa yang diinginkan beliau ketika bertemu Wolves.
Hampir kesemua pemain gagal untuk mengikut apa yang diinginkan beliau dalam perlawanan.
Dengan keadaan semasa Harry Mguire, Eric Bailly, dan Lindelof yang terpaksa diketepikan kerana masalah kecederaan atau tidak sihat,
Rangnick cuba berharap kepada Jones untuk memberi yang terbaik dalam perlawanan memandangkan Wolves hanya meledak 13 gol sahaja setakat ini.
Sebaliknya pula berlaku, apabila lawan lebih dominan dan menjadikan United kepada pasukan yang mudah dihadapi dengan penguasaan tengah yang amat baik daripada Joao Moutinho dan Ruben Neves yang selesa mencipta gerakan berbahaya ke kubu lawan.
Tatkala pasukan Arsenal, Manchester City, Chelsea, dan Liverpool memberi bentuk hiburan aksi atas padang dengan corak permainan yang menarik, United pula tampil dengan aksi yang longlai di laman sendiri tanpa corak permainan yang menarik.