Nilai Safawi Rasid Kini RM 1.5 Juta, Pemain Ketiga Termahal Di Malaysia

Tanda harga bagi pemain sayap kebangsaan, Safawi Rasid terus menunjukkan peningkatan dengan ketika ini telah pun mencecah nilai RM1.5 juta untuk antara tiga pemain termahal negara.

Dua lagi pemain adalah Baddrol Bakhtiar (RM 1.5 juta) dan La’vere Corbin-Ong (RM 1.77 juta).

Ia adalah tanda harga paling tinggi pernah diletakkan buat Safawi sepanjang kerjayanya sebagai pemain bola sepak.

Laman sesawang transfermarkt.com telah mengemas kini nilai pasaran pemain tersebut pada 23 November lalu dan dijangka akan terus meninkat.

Malah prestasi cemerlang Safawi sepanjang saingan Piala AFF 2020 bersama skuad negara juga bakal menyebabkan nilai beliau terus meningkat.

Safawi boleh dikatakan sebagai pemain paling konsisten bagi Malaysia walaupun terkandas di peringkat kumpulan dengan ketajaman pemain ini yang telah meledak empat gol buat kem negara.

Lebih membanggakan, Safawi turut dinobatkan selaku pemenang kasut emas berama dua bintang Thailand, Chanatip Songkrasin dan Teerasil Dangda serta penyerang Filipina, Bienvenido Maranon.

Faidauz Azhar selaku pengasas bersama Exeliq Sports Management Sdn Bhd berkata, antara faktor penyumbang kepada peningkatan nilai pasaran pemain termasuk prospek masa depan, usia, tahap liga, persembahan bersama kelab dan pasukan negara, pengalaman, serta nilai pemasaran.

Antara faktor utama peningkatan nilai pasaran Safawi, sudah tentu disebabkan kelab diwakili beliau iaitu Johor Darul Takzim yang muncul juara Liga Super musim ini selain gah di Liga-M.

Nilai Safawi pernah menurun sebelum ini setelah beliau dipinjamkan ke kelab Portugal, Portimonense kepada RM950,000 pada kemas kini 30 Disember 2020 sebelum kembali meningkat kepada RM1.4 juta 30 Jun lalu .

Nilai pasaran Pemain Paling Bernilai Piala AFF 2020, Chanathip Songkrasin pula jauh lebih tinggi dengan RM7.5 juta dan tanda harga itu dianggap sesuai dengan prestasinya selain bermain di liga utama Jepun bersama, Hokkaido Consadole Sapporo.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN