Rakyat B-40 Berpeluang Nikmati Siaran Langsung Euro 2024

Saingan Piala Eropah 2024 atau lebih dikenali ramai sebagai Euro 2024 semakin menghampiri tarikh pembukaan, dengan Jerman bakal menjadi tuan rumah kejohanan pada kejohanan tersebut.

Kejohanan Euro 2024 bakal berlangsung berlangsung dari 14 Jun hingga 14 Julai depan dengan kini setiap pasukan mula memperkenalkan barisan pemain mereka.

Untuk menyemarakkan lagi aksi berkelas dunia itu di Malaysia, ada laporan menyatakan beberapa syarikat gergasi negara cukup berminat serta bersedia untuk menaja sepenuhnya siaran langsung Euro 2024 itu bagi memastikan rakyat tempatan menontonnya secara percuma.

Menerusi sumber yang boleh dipercayai, satu surat tunjuk minat bakal dikeluarkan pada masa terdekat bagi diserahkan kepada pihak Kementerian Komunikasi serta pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengenai hasrat itu.

“Syarikat swasta telah menunjuuk minat yang ingin mengambil tajaan untuk Euro 2024, supaya RTM boleh beri kepada rakyat Malaysia menonton secara percuma daripada berbayar.

“Beberapa syarikat swasta telah mula menujukkan minat dan dalam masa terdekat ini, akan mengeluarkan surat tunjuk minat kepada pihak RTM untuk menaja dan beli siaran ini yang sudah tentunya bukan murah.

“Ia sebenarnya dapat menjimatkan perbelanjaan pihak kerajaan kerana selepas ini difahamkan Sukan Olimpik juga menelan kos yang tinggi bagi mendapatkan hak siaran langsung.

“Jika semuanya berjalan lancar, rakyat Malaysia yang dalam kelompok B-40 boleh menikmati siaran percuma Euro di RTM sekali gus menyemarakkan bahang Euro kali ini,” kata sumber tersebut.

Terdahulu, Fahmi Fadzil selaku Menteri Komunikasi menyatakan beliau sedia mempertimbangkan untuk mendapatkan hak siaran Euro namun beliau perlu merujuk terlebih dulu kepada Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman berhubung perkara tersebut.

Fahmi mengakui kejohanan berkenaan mempunyai para pengikutnya tersendiri, namun penelitian secara mendalam perlu dilakukan dahulu kerana ia bakal melibatkan kos sangat tinggi.

Jelas sumber lagi, tajaan berkenaan cukup besar dan kerajaan tidak perlu mengeluarkan sesen pun duit untuk mendapatkan hak penyiaran itu.

“Syarikat gergasi Lembah Klang itu beri jaminan akan menampung kesemua kos dan bayaran hak penyiaran. Pihak kerajaan tidak perlu mengeluarkan langsung duit untuk mendapatkannya.

“Dana berkenaan boleh digunakan untuk tujuan pembangunan yang lain atau mendapatkan hak siaran Sukan Olimpik yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Saya percaya rakyat pastinya gembira dapat mengisi hari-hari sepanjang bulan Jun hingga Julai ini dengan menonton Euro 2024 secara percuma di saluran RTM,” katanya.

Terdahulu, sebuah portal tempatan membangkitkan isu hak penyiaran Euro 2024 selepas rata-rata peminat bola sepak tempatan meluahkan rasa keterujaan dan minat untuk menonton aksi Piala Eropah itu.

Namun kebanyakkan penyokong meluahkan di media sosial mahukan pihak kerajaan menyiarkannya secara percuma kerana tidak mampu melanggan siaran perlawanan yang disiarkan oleh sebuah televisyen swasta berbayar tempatan.

Saingan Euro 2024 dijangka berlansgung sengit membabitkan 24 pasukan bertanding termasuk juara bertahan Itali akan mempertahakna mahkota kejuaraan dimenangi edisi lalu.

Selain itu pasukan bertaraf bintang England, Perancis, Belanda, Belgium dan banyak lagi pasukan handalan Eropah bakal mempertaruhkan bintang bola sepak masing-masing bagi memburu status sebagai Raja Eropah.

Sebanyak 42 aksi peringkat kumpulan dan 15 perlawanan pusingan kalah mati dengan membabitkan 57 aksi secara keseluruhan bakal disajikan pada edisi kali ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN