Rajagobal Enggan Mengesahkan Perpindahan Safiq Rahim Ke PKNS FC

Jurulatih PKNS FC, Datuk K. Rajagobal enggan mengulas tentang khabar angin mengenai bekas kapten Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim, bakal berhijrah ke pasukan PKNS FC musim depan.

Ketika ini banyak cakap-cakap di media sosial yang mengatakan Safiq Rahim akan keluar dari JDT dan dikatakan memilih pasukan lain yang berpangkalan di sekitar Lembah Klang ditambah pula dengan ketiadaan beliau dalam kesebelasan utama JDT sejak kebelakangan ini.

Datuk Rajagobal mengendalikan sesi latihan pasukan PKNS FC. Foto: PKNS FC

Namun begitu, Safiq melalui laman instagram miliknya menafikan akan keluar daripada JDT dan mengesahkan beliau masih mempunyai kontrak dengan skuad Harimau Selatan itu.

Bercakap kepada Stadium Astro, Rajagobal  tidak mahu mendedahkan nama pemain baharu yang akan dibawa masuk pada musim depan kerana ia masih di peringkat perbincangan.

“Apa yang penting adalah kami mendapatkan pemain yang kami perlukan. Untuk itu, saya tidak boleh membuat sebarang spekulasi kerana segalanya masih dalam rundingan,” katanya.

Bekas pengendali kebangsaan itu baru sahaja mengesahkan kedudukannya bersama PKNS dilanjutkan bagi tempoh setahun menerusi kontrak barunya yang bakal berakhir pada November 2019.

“Mereka memberikan kepercayaan kepada saya untuk membimbing PKNS bagi musim akan datang.

“Sebagai jurulatih, saya perlu memikul tugas dan tanggungjawab untuk melakukan yang terbaik pada musim depan,” tambah Rajagobal.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN