TAL2018: Real Chukai ‘Belasah’ FC Pemanis 5-0 Di Tempat Lawan

Minggu keempat bagi saingan Terengganu Amateur League (TAL2018) menyaksikan perebutan untuk menguasai carta liga semakin hangat.

Beberapa perlawanan menarik perhatian kami pada minggu ini, jom baca sorotan untuk minggu kali ini.

Liga Super

Aksi tumpuan di Liga Super menyaksikan FC Pemanis melayan kunjungan Real Chukai di Padang Banggol Tokku.

Perlawanan yang dihangatkan dengan usikan ‘manja’ FC Pemanis di laman Facebook mereka sebelum perlawanan jelas memberikan motivasi kepada Real Chukai yang mahu meneruskan misi mempertahan kejuaraan mereka.

Real Chukai berjaya menewaskan FC Pemanis dengan jaringan besar 5-0 dalam perlawanan tersebut.

Adib Iqgwan cemerlang dalam perlawanan tersebut dengan menjaringkan 2 gol pada minit ke-15 dan juga minit ke-47.

3 lagi jaringan dihasilkan menerusi Muslihuddin Atiq pada minit ke-24, Iqmal Hafiz pada minit ke-31 dan juga Syed Sobri pada minit ke-70.

Sementara itu, Ayahanda FC terus kempunan mencari mata pertama mereka dalam saingan TAL2018 apabila mereka kecundang Kebilal-KKTRWT.

Kebilal-KKTRWT berjaya memperoleh kemenangan selesa dengan jaringan 2-0 hasil gol dari Abdul Hafiz pada minit ke-64.

Satu lagi jaringan dihasilkan oleh Mohamad Hadim pada minit ke-76.

Berikut merupakan 3 lagi keputusan perlawanan bagi Liga Super:

  • Island FC 1-2 Besut FA (Wan Azrul 76’/Syahid Azrai 4′, ’27)
  • CND FC 1-1 BTK FC (Shahrul Ikhwan 37’/Hilmi Hisyam 23′)
  • Gemuda FC 2-2 PBSMT-Lenjerket (Muhammad Hilmi 29′, Ahmad Firdaus ’45/Amiro Izzat ’18, Ahmad Musakkir 72′)

Liga Premier

Aksi di divisyen 2 juga tidak kurang hebatnya apabila banyak gol dihasilkan dari 5 perlawanan yang dilangsungkan.

Sebagai contoh, perlawanan melibatkan Myxini FC menentang TDTD FC menghasilkan 5 gol.

Myxini FC merupakan pemenang dalam perlawanan tersebut dengan mereka memperoleh 4 gol berbanding 1 jaringan untuk TDTD FC.

Khairul Nizam membuka jaringan untuk Myxini FC dengan gol pada minit ke-6 sebelum Muhammad Fikri menambah jaringan pada minit ke-24.

Separuh masa kedua menyaksikan 2 lagi jaringan gol dihasilkan dengan Shahrul Makasuff menjaringkan gol pada minit ke-44 dan Khairul Nizam menjaringkan gol kedua peribadi beliau pada minit ke-85.

TDTD FC berjaya mendapatkan gol menerusi Khairul Riduan di penghujung permainan namun ianya tidak lebih dari sekadar gol sagu hati sahaja.

ATFC Suhada FC juga memperoleh kemenangan selesa dengan menewaskan Real Grebar.

Walaupun beraksi sebagai pasukan pelawat namun ianya tidak menghalang ATFC Suhada untuk memperoleh kemenangan 3-0.

Helmi Izzudin cemerlang dengan 2 gol pada minit ke-3 dan penalti pada minit ke-47.

Sementara gol dari Amirul Hakimie pada minit ke-83 melengkapkan kemenangan ATFC Suhada FC.

Berikut merupakan 3 lagi keputusan lain bagi aksi Liga Premier:

  • Markless ST 2-0 TFFC FC (Tuan Mohd Alif 46′, Aiman Amran 81′)
  • DSPEX FC 2-0 Delima Warriors (Muhammad Hafidz 27′, Khairul Rosmadi 37′)
  • Raja Permin 2-2 Sixma FC (Iskandar Sarifudin 30′, Hazwan Hanif 89’/Hafizul Syazwan 7′, Khusairi Qarni 12′)

Selepas 4 perlawanan..

Selepas mingggu keempat, kemenangan besar Real Chukai berjaya mendekatkan diri mereka dengan 2 pasukan teratas liga.

Mereka kini hanya 1 mata sahaja dibelakang PBSMT-Lenjerket dan juga BTK FC yang kini menjadi pasukan 2 terbaik Liga Super.

Sementara di bawah, Ayahanda FC kini menjadi pasukan tunggal yang masih gagal mengutip sebarang mata.

Manakala bagi ATFC Suhada FC pula, mereka meneruskan cengkaman mereka di puncak Liga Premier dengan 12 mata.

Mereka terikat dengan DSPEX FC yang turut mengutip 12 mata namun dipisahkan dengan perbezaan jaringan.

Sama seperti Ayahanda FC, TDTD FC menjadi pasukan tunggal di Liga Premier yang gagal mengutip sebarang mata.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN