Ejen kepada Matthijs de Ligt iaitu Mino Raiola menafikan bahawa beliau berada di Paris untuk membincangkan kontrak klien beliau dengan PSG.
Sebelum ini beberapa laporan di Eropah menyatakan Raiola ke Paris untuk memuktamadkan perjanjian yang membolehkan De Ligt mendapat £340 ribu seminggu.
Sky Italy: PSG now favourites to sign Ajax defender Matthijs de Ligt. Agent Mino Raiola due in Paris for talks. Barcelona other option. Will be deal of the summer (with Hazard to Real Madrid)
— Kaveh Solhekol (@SkyKaveh) June 11, 2019
Namun begitu, Mino Raiola menyifatkan bahawa berita tersebut sebagai palsu / ‘fake news’. Raiola menyatakan Matthijs De Ligt masih belum membuat apa-apa keputusan.
Mino Raiola has rubbished claims that he was in Paris to sort out a contract with PSG for Matthijs de Ligt.
He has claimed it as "Fake news"
(via ANSA) pic.twitter.com/LE7zVq89z4
— Micky Green’s Tips (@_MickyGreenTips) June 13, 2019
Raiola berkata: “Saya sedang pergi bercuti ketika ini. Saya akan memikirkan apa yang terbaik untuk saya dan pemain – kemudian barulah saya membuat keputusan.”
“Saya rasa, sangat penting pemain muda untuk bermain bola sepak [banyak minit]. Itu satu-satunya perkara yang saya tahu.”
Raiola kemudiannya berkata bahawa berita tersebut adalah contoh terbaik berita tidak benar yang klasik. Beliau kemudian memberitahu ada orang cuba memanipulasi gambar beliau ketika di Paris.
“Ini adalah contoh klasik untuk berita palsu. Mereka mengambil gambar saya dengan wartawan Perancis di Paris?”
“Sebenarnya beliau meminta untuk bergambar dnegan saya. Namun saya tidak kenal pun siapa lelaki tersebut. Saya tidak pernah berckap dengan beliau.”
🎙️[ANSA via @le10sport] | Mina Raiola interview with ANSA.
🔊 Rioala: I was in Paris and this man asked me if he could take a picture with me. I told him yes, I did not know he was a journalist.
De Ligt to Paris?
🔊 Rioala: I do not know, it's all fake news. pic.twitter.com/9eGdg1H9nq
— BarçaTimes (@BarcaTimes) June 12, 2019
Kenyataan Raiola ini pastinya membangkitkan kembali harapan pasukan seperti Barcelona dan Man. United yang berminat dengan Matthijs De Ligt.