Raheem Sterling Bantu England Tewaskan Sepanyol

Bintang Manchester City, Raheem Sterling muncul sebagai watak utama yang membantu England mencipta kejutan besar dalam era bola sepak moden selepas menumbangkan Sepanyol, 3-2 dalam saingan Liga Negara-Negara Eropah, di Seville, awal pagi tadi.

Walaupun beraksi di laman lawan, England yang dibimbing Gareth Southgate mempamerkan aksi terbaik mereka ketika berdepan Sepanyol yang dikemudi pengendali baharu, Luis Enrique.

Hasilnya, mereka mencipta kejutan bahkan dianggap lebih menarik berbanding ketika menewaskan Jerman, 5-1 di Munich pada 2001.

Marcus Rashford juga meledak jaringan ketika England selesa mendahului tiga gol, yang menyaksikan Sepanyol ketinggalan tiga kali di laman sendiri pertama kali dalam sejarah bola sepak negara mereka.

https://twitter.com/utdxtra/status/1051929156018167809

Paco Alcacer, yang masuk sebagai pemain gantian merapatkan jurang menerusi gol pertama bagi menghidupkan peluang Sepanyol untuk bangkit, namun England kukuh bertahan sehinggalah Sergio Ramos menjaringkan gol kedua pada minit ke-98.

Kemenangan itu membolehkan England meraih peluang untuk berada di kedudukan teratas Kumpuan 4, mengambil alih kedudukan Sepanyol dan hanya memerlukan satu mata lagi untuk mengesahkan ranking teratas.

Dalam aksi pagi tadi, Sterling membuka tirai jaringan yang juga gol pertamanya untuk England dalam tempoh 1,102 hari dan menambah gol kedua, 22 minit selepas itu.

https://twitter.com/City_Watch/status/1051919888460206080

Kali terakhir England menang ke atas Sepanyol ialah pada 1987 dan ketika itu, Gary Lineker meledak jaringan terakhir England ketika mereka bertandang ke laman lawan.

Dengan kekuatan pasukan yang bersandarkan purata umur pemain 23 tahun, Southgate membuat pertaruhan besar apabila menurunkan pemain muda, tetapi mereka membalas kepercayaan itu dengan aksi cukup menyakinkan.

Bagi Sepanyol, kekalahan itu memerlukan mereka segera mengkaji kelemahan walaupun skuad bimbingan Luis Enrique itu sudah meledak 12 gol dalam tiga penampilan setakat ini.

Harry Kane juga beraksi cemerlang selaku penyerang kedua England. Beliau memenangi pertarungan fizikal dengan Ramos ketika merebut bola muntah Pickford, sebelum memperdayakan Nacho menerusi gerakan ke belakang yang menakjubkan dan melakukan hantaran kepada Rashford untuk melakukan jaringan gol yang cukup mudah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN