Rahadiazli Redha Terlepas Sukan SEA Kerana Kecederaan

Rahadiazli Rahalim

Penjaga gol Terengganu, Rahadiazli Rahalim terpaksa redha dengan ketentuan yang berlaku kepada dirinya apabila terpaksa melupakan hasrat mewakili skuad kebangsaan di Sukan SEA Kemboja.

Selepas diturunkan semula ke skuad B-23 daripada pasukan senior sebelum ini, Rahadi terpaksa melupakan tugasan untuk memburu pingat emas buat Malaysia selepas mengalami kecederaan di bahagian tangan.

Dalam siaran Instagram Story pemain itu, penjaga gol tinggi lampai tersebut menunjukkan hasil ujian sinar-X (x-ray) yang melihatkan kecederaan di bahagian tangannya.

Rahadi menunjukkan yang jarinya mengalami senget berbanding tangan normal yang tidak mempunyai kecederaan.

Penjaga gol itu redha dengan kecederaan yang dialaminya sambil mengharapkan rakan-rakan yang akan terbang ke Kemboja bagi memburu pingat emas.

“Allah sebaik-baik perancang, semoga berjaya [untuk] Sukan SEA kawan-kawan,” kata Rahadi.

Rahadiazli Rahalim

Dengan ketiadaan Rahadi, skuad kendalian E. Elavarasan hanya membawa dua penjaga gol ke Kemboja bagi memburu pingat emas.

Penjaga gol Selangor yang dipinjamkan ke Negeri Sembilan, Sikh Izhan akan bersama-sama Azim Al Amin yang bermain buat Kuala Lumpur City.

Di atas kertas, Izhan dijangka akan menjadi pilihan pertama untuk diturunkan sebagai penjaga gol ketika di Kemboja kelak.

Hal ini disebabkan faktor penjaga gol itu mempunyai banyak minit permainan bersama-sama skuad Jang dalam aksi Liga Super.

Macam mana pun, semoga cepat sembuh buat Rahadi dan semoga berjaya buat skuad Malaysia di Sukan SEA.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN