Rahadiazli Kekal Bersama Terengganu Atau Tidak Untuk Musim 2024?

Penjaga gol muda berbakat besar, Rahadiazli Rahalim menjadi antara pemain yang masih lagi belum diketahui statusnya jika untuk terus kekal bersama Terengganu atau menyertai kelab baharu.

Jika sebelum ini merupakan sesuatu yang sangat hebat buat Rahadiazli bersama Sang Penyu dan di pentas antarabangsa, sebaliknya pula berlaku pada tahun lalu bawah kendalian Tomislav Steinbruckner.

Musim lalu menyaksikan Rahadiazli hanya diberikan peluang sebanyak sembilan kali sahaja untuk beraksi selaku penjaga gol buat Terengganu bersama aksi kurang konsisten.

Malah, beliau juga dibayangi oleh kelibat penjaga gol berpengalaman iaitu Suhaimi Husin yang tampil lebih tangkas untuk mengawal gawang gol Sang Penyu.

Pada usia beliau masih muda, Steinbruckner sebelum itu pernah mencadangkan supaya Rahadiazli berhijrah menyertai kelab baharu untuk mendapatkan lebih banyak peluang beraksi.

Walaupun begitu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terengganu iaitu Mohd Sabri Abas mengakui penjaga gol muda tersebut masih lagi menjadi milik mereka untuk saingan hadapan.

Ini kerana Rahadiazli masih lagi memiliki baki kontrak bersama Terengganu sehingga ke musim 2025 dan masa depan penjaga gol tersebut terus menjadi tanda tanya.

Malah, Rahadiazli sendiri mengakui beliau tidak tahu ke mana hala tujunya untuk saingan musim hadapan jika kekal bersama Terengganu atau menyertai kelab baharu.

“Setakat ini saya tidak tahu lagi beraksi bersama pasukan mana dalam saingan Liga M musim ini.

Saya juga tidak boleh bagi kata putus lagi sama ada akan kekal bersama TFC ataupun sebaliknya, saya harap peminat dapat mendoakan perkara yang baik dalam karier,” kata Rahadiazli menerusi laporan dibawa oleh Arena Metro.

Ada ura-ura di media sosial turut menyatakan penjaga gol berusia 22 tahun itu berkemungkinan besar akan menyertai Kedah Darul Aman (Kedah) pada musim hadapan bawah kendalian Nafuzi Zain.

Namun, persaingan lebih sengit mungkin akan dihadapi penjaga gol itu jika beliau menyertai Kedah kerana Sang Kenari juga memiliki dua lagi tonggak mereka iaitu Kalamullah Al-Hafiz serta Ifwat Akmal.

Pada pandangan anda, pasukan mana paling sesuai buat Rahadiazli untuk kembali mencipta kebangkitan sebagai antara penjaga gol berkualiti negara kelak?

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN