Rahadiazli Idam Kembali Menyarung Jersi Skuad Kebangsaan

Rahadiazli Rahalim yang merupakan penjaga gol Terengganu melaungkan tekad untuk kembali membarisi skuad kebangsaan selepas dirinya pulih dari kecederaan yang membelenggu beliau.

Penjaga gol tinggi lampai yang berasal dari Setiu itu juga meletak impian besar untuk kembali merampas kedudukan penjaga gol nombor satu dalam pasukannya selepas bakal kembali beraksi di Liga Malaysia (Liga-M) musim ini setelah hanya sempat beraksi lima kali sahaja pada musim lalu akibat kecederaan yang menimpa beliau.

Walaupun begitu, penjaga gol berketinggian 1.92 meter itu juga mengakui bakal bersaing sengit bagi merebut posisi penjaga gol utama Terengganu setelah menyedari dua lagi pesaing beliau iaitu Suhaimi Husin dan Mohd Sharmiza Yusoff turut mempunyai kelebihan masing-masing begitu juga dengan persaingan skuad kebangsaan.

“Mana-mana pemain sudah tentu idam beraksi di pentas tertinggi begitu juga dengan saya, musim lalu saya hanya sempat beraksi lima perlawanan sahaja sebelum berehat panjang kerana cedera lutut.

“Perasaan kecewa tidak dapat digambarkan bukan sahaja tidak dapat membantu pasukan TFC dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia, malah juga terlepas peluang untuk membuat penampilan sulung bersama skuad kebangsaan.

“Selepas sembuh sepenuhnya daripada kecederaan, saya berazam untuk kembali memburu tempat dalam kesebelasan utama pasukan selain mengintai kembali peluang untuk menyarung jersi skuad Harimau Malaya.

“Saya meletakkan harapan agar impian itu tercapai musim ini walaupun sedar saingan dalam pasukan TFC dan negara pasti sengit.”Jadi saya perlu tambah minit permainan terutama ketika aksi pemanas badan selepas lama berehat selain perlu kembali menemui sentuhan terbaik,” katanya ketika dihubungi hari semalam oleh Harian Metro.

Rahadiazli terpaksa melupakan aksi dalam bola sepak musim lalu untuk berehat panjang setelah sah mengalami antara kecederaan paling ditakuti oleh pemain bola sepak profesional iaitu anterior cruciate ligament (ACL) ketika sesi latihan pasukannya.

Kali terakhir penjaga gol bakat besar berusia 21 tahun ini beraksi dalam pasukan adalah pada musim lalu sewaktu menentang Sabah. Rahadiazli juga merupakan individu penting di sebalik kejayaan Terengganu merangkul kejuaraan Piala Belia pada tahun 2019.

“Jika diturunkan bertemu Sri Pahang FC dalam aksi pertama Liga Super 5 Mac depan, saya akan cuba memperagakan aksi terbaik bagi memastikan tiga mata menjadi milik kami walaupun beraksi di tempat lawan,” katanya.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN