“Dari Segi Keputusan, Saya Tak Puas Hati” – Datuk Ong Kim Swee

Pengendali baru Sabah, Datuk Ong Kim Swee melahirkan rasa tidak puas hati dengan persembahan anak-anak buahnya yang dilihat masih lagi belum mencapai tahap permainan sebenar hingga mengakibatkan skuad itu tewas di tangan pasukan Liga Premier, Kelantan pada perlawanan pertama mereka dalam saingan SMJ Cup.

Beliau juga mengakui amat kecewa dengan kekalahan 2-1 itu dan melihat punca sebenar daripada kelekaan para pemain sendiri yang dilihat agak mengambil mudah dalam permainan selepas terlebih dahulu menjaringkan gol pertama perlawanan dan itu menjadi sebab utama Sabah gagal mencatat kemenangan sulung meskipun beraksi di laman sendiri.

Selain itu, Kim Swee juga akui dengan kekalahan tersebut sekali gus memberi kekecewaan buat para penyokong setia pasukan yang mengharapkan sesuatu lebih positif dan mencatat kemenangan berdasarkan para pemain yang menyertai Sabah musim baharu ini lebih baik di segenap posisi berbanding musim lalu.

“Dari segi keputusan saya tidak berpuas hati dengan beberapa pemain yang tidak menunjukkan prestasi terbaik mereka. Kita bermula agak perlahan tetapi kita mendapatkan gol yang pertama.

“Selepas gol pertama kita ‘berhenti’ bermain dan mengambil mudah. Ini adalah satu sikap negatif yang perlu diubah kerana apabila mendahului kita harus kekalkan momentum,” katanya dalam satu kenyataan, pada Berita Harian.

Dalam aksi tersebut, Kelantan mempamerkan rentak permainan yang sangat mantap apabila bangkit dari ketinggalan dengan meledak dua gol pada minit ke-71 dan minit ke-87 setelah sebelum itu mereka ketinggalan pada awal separuh masa kedua menerusi gol yang diledak terlebih dahulu oleh Sabah.

Selain isu kecederaan yang menimpa ramai pemain seperti import baharu, Taiki Kagayama, Dominic Tan, Irfan Fazail dan beberapa pemain lain, Kim Swee juga mengenal pasti beberapa isu lain yang bakal diperbaiki segera untuk kembali memantapkan skuad sebelum aksi Liga Malaysia (Liga-M) bermula.

Ketika ditanya mengenai penggempur import baharu dari Brazil iaitu Neto Pessoa, Kim Swee berkata pemain ini masih dalam tempoh penyesuaian bersama pasukan setelah baru dua minggu berada di kem latihan kelab.

“Sudah tentu banyak kelemahan perlu diperbaiki terutamanya dari segi penyudah tetapi secara keseluruhannya saya amat berpuas hati terutama kesungguhannya.

“Seorang lagi pemain import dari Brazil, Jackson De Souza pula sudah menunjukkan persefahaman yang baik dalam perlawanan malam tadi dan saya yakin kedua-dua pemain import ini akan menjadi lebih baik selepas mengharungi beberapa perlawanan selepas ini,” katanya.

Lawan Sabah seterusnya dalam saingan SMJ Cup, mereka akan berdepan Sarawak United pada malam ini, manakala Kelantan bakal berdepan Kedah yang mempamerkan rentak permainan bermutu dalam pertama sebelum ini pada hari sama jam 4:15 petang.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN