Rafdi Rashid Nafi Dedahkan Gaji Akhyar Dalam Perbualan WhatsApp

Baru-baru ini tular di medial sosial mengenai perbualan dalam aplikasi WhatsApp yang mendakwa bintang muda negara, Akhyar Rashid ditawarkan gaji RM70, 000 untuk menyertai pasukan juara Liga Super 2018, Johor Darul Ta’zim (JDT) musim depan.

Mengulas mengenai isu tersebut, abang Akhyar yang juga merupakan bekas pemain Kedah, Rafdi Rashid menafikan beliau terlibat dalam perbualan WhatsApp itu sambil menganggap ada pihak yang cuba memfitnah adiknya.

“Mereka sudah edit (ubah perbualan), ia bukan WhatsApp saya.

“Depa (mereka) tular macam-macam lanie (sekarang). Saya pening.

“Saya pun tidak tahu apa motif buat macam ini. Ramai nak tau (ingin tahu) Mat Yat (Akhyar) pergi JDT atau dak (tidak), sebab tu depa buat cerita macam-macam. Saya lanie nak cakap pun payah (susah),” kata Rafdi kepada Utusan Malaysia.

Akhyar yang kini bersama skuad kebangsaan dalam kempen Piala AFF 2018 difahamkan akan menyertai JDT musim depan biarpun masih mempunyai kontrak bersama Kedah hingga 2019.

KFA mahu bincang dengan Akhyar Rashid selepas tamat kempen Piala AFF

Sumber daripada Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) mengharapkan pemainnya itu bersikap professional dengan hadir berbincang kerana beliau masih mempunyai baki kontrak setahun.

Kredit: FMLLP, Facebook.

“Kita perlu saling hormat menghormati kerana dia dan KFA masih terikat dengan satu tahun kontrak lagi sehingga 2019.

“Kita berharap dia hadir berjumpa kita dan selesaikan segala perancangan kerana kita yang bentuk dia dan tak akan kita nak lepaskan dia begitu sahaja.

“Jadi kalau betul ada tawaran, kena lah bersikap professional dan datang bincang, dedek dengan kita dan bawa surat dari kelab mana yang buat tawaran.” kata sumber dalaman KFA.

Bagaimanapun, tiada pengumuman rasmi daripada pihak JDT mengenai kemasukan Akhyar sebagai pemain baharu pasukan itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN