Liga Divisyen 3 Mungkin Akan Diambil Alih Oleh MFL

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sedia ambil alih Liga FAM atau divisyen 3 yang kini diuruskan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam berkata, Liga FAM atau divisyen tiga masih sebahagian struktur bola sepak negara.

Ia merupakan platform kepada pasukan baharu untuk beraksi di peringkat yang lebih tinggi.

Liga FAM musim depan hanya disertai oleh 6 pasukan

Minggu lepas, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Mohd Firdaus Mohamed mengesahkan hanya 6 pasukan yang sudah menghantar penyertaan untuk bersaing dalam liga divisyen 3 atau Piala FAM musim depan.

Beliau bercakap kepada Berita Harian mendedahkan enam pasukan terbabit adalah Terengganu FC II (TFCII), ATM, Kuching FA, Young Fighters FC, Perlis dan MPKB.

Pada musim ini, 14 pasukan telah bersaing dalam Piala FAM sebelum dua daripadanya digugurkan dan jumlah penyertaan terus jatuh mendadak untuk musim depan.

Situasi ini menimbulkan kebimbangan kerana selama ini Piala FAM menjadi platform kepada pemain muda untuk mengembangkan potensi dan pemain lebih usia meneruskan karier mereka dalam bola sepak.

Terengganu City FC muncul sebagai juara Piala FAM  musim ini selepas menewaskan Selangor United. FOTO: FAM

Kajian perlu dilakukan untuk mencari punca pasukan tarik diri

“Kajian perlu dibuat mengenai mengapa Liga FAM yang satu ketika ada sehingga 18 pasukan kini boleh tinggal hanya lima atau enam pasukan. Mungkin sesuatu perlu diubah dan diberi input baharu untuk pastikannya terus hidup,” kata Kevin Ramalingam.

MFL buat masa ini menganjurkan dua divisyen utama Liga Malaysia iaitu Liga Super dan Liga Premier.

Beliau juga berpendapat, banyak pasukan menarik diri mungkin kerana suasana Liga FAM yang dianggap sudah mirip Liga Perdana atau separuh profesional sehingga menimbulkan banyak kesukaran kepada mereka.

Liga Piala FAM perlu dijenamakan semula kepada Liga M3

Bulan disember tahun lepas, MFL pernah mengadakan taklimat menjelaskan cadangan struktur liga Malaysia yang akan ditambah kepada 5 divisyen menjelang pada tahun 2020.

Menurut FMLLP, untuk permulaan bagi tahun 2018, 24 liga akan mula dijalankan di setiap negeri yang mana ia akan membentuk Liga M5 (Divisyen 5).

Liga Negeri dan Liga Sosial Negeri yang bertanding dalam Liga M5 akan ditentukan kemudian.

Juara setiap Liga Negeri dan Liga Sosial Negeri masing-masing dalam Liga M5 pada tahun 2018 akan layak secara automatik ke Liga M4 (Divisyen 4) yang akan bermula pada tahun 2019 dengan jumlah pasukan sebanyak 24 pasukan (Juara setiap liga).

Struktur piramid Liga Malaysia yang akan mempunyai 5 divisyen seperti dicadangkan oleh MFL.

Bermula pada tahun 2020, proses promosi dan relegasi akan mula berjalan setelah piramid tersebut lengkap sepenuhnya bermula dari LM5 sehingga ke Liga Super (Divisyen 1).

Di akhir taklimat, secara dasarnya kesemua wakil yang hadir bersetuju untuk menyertai Liga M5 dan pihak FMLLP akan memperkemaskan cadangan dan komen yang diterima untuk dibawa ke sesi perbincangan seterusnya.

Antara agenda seterusnya adalah memperkemaskan peraturan dan perkara teknikal supaya ianya dapat diuruskan oleh satu badan lain tetapi selari dengan penganjuran oleh FMLLP.

Tinjauan kami di laman sosial mendapati ramai peminat bola sepak tanah air memberikan response yang positif dan turut memberikan beberapa cadangan untuk penambahbaikan struktur Liga Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN