Rafael Benitez Gembira Dengan Kemenangan Newcastle United Atasi Cardiff City

Pengurus Newcastle United, Rafael Benitez mengakui yang dirinya berpuas hati dengan kemenangan yang dihasilkan oleh para pemainnya dalam perlawanan Premier League semalam.

Newcastle United mencatatkan kemenangan penting menentang Cardiff City semalam untuk mengeluarkan mereka dari kelompok 3 pasukan terbawah.

Ketika sesi temuramah selepas perlawanan, Benitez mengatakan setiap orang yang ada kena mengena dengan Newcastle United perlu berasa gembira dengan kemenangan itu sewaktu bercakap kepada BBC Sport.

“Pasukan saya baru saja balik dari aksi FA Cup beberapa hari lepas dan pastinya ada pemain yang mengalami kepenatan kerana itu.”

“Namun begitu, mereka memberikan reaksi yang baik dan juga berkerja keras untuk dapatkan kemenangan. Jadi semua orang patut gembira dengan keputusan ini.”

Kata Benitez lagi, beliau mengatakan komitmen para pemain merupakan kunci kepada kemenangan Newcastle United semalam.

“Komitmen para pemain merupakan kuncik kepada kemenangan kami pada hari ini. Bukannya mudah untuk berhadapan dengan pasukan yang bermain dengan corak fizikal yang tinggi seperti Cardiff City ini.”

Newcastle United memperoleh kemenangan yang cukup selesa ke atas Cardiff City hasil 2 jaringan dari Fabian Schar.

Kemenangan mereka kemudiannya dilengkapkan menerusi jaringan Ayoze Perez di masa kecederaan separuh masa kedua.

NEWCASTLE UPON TYNE, ENGLAND – JANUARY 19: Ayoze Perez of Newcastle United celebrates after he scores his sides third goal during the Premier League match between Newcastle United and Cardiff City at St. James Park on January 19, 2019 in Newcastle upon Tyne, United Kingdom. (Photo by Ian MacNicol/Getty Images)

Hasil dari kemenangan ini, Newcastle United berjaya melompat ke tangga 17 liga dengan 21 mata – 2 mata dari zon penyingkiran.

Sementara hasil dari kekalahan semalam, Cardiff City pula turun ke kedudukan ke-18 liga.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN