Mourinho: “Saya Tak Dapat Sokongan Seperti Pep & Klopp Untuk Beli Pemain”

Bekas pengurus Manchester United, Jose Mourinho mengecam tindakan pengurusan tertinggi kelab tersebut yang tidak memberikan sokongan kepadanya ketika berbelanja sewaktu jendela perpindahan dibuka.

Menurut sumber The Guardian, Mourinho berkata beliau sememangnya memperoleh layanan yang berbeza dengan apa yang diperoleh Pep Guardiola dan Jurgen Klopp di Manchester City dan juga Liverpool.

Hal ini kerana menurut Mourinho, Guardiola dan Klopp mempunyai sokongan yang hebat dari pihak kelab ketika ingin mendapatkan pemain yang mereka mahukan.

FILE PHOTO (EDITORS NOTE: GRADIENT ADDED – COMPOSITE OF TWO IMAGES – Image numbers (L) 531578890 and 899524772) In this composite image a comparison has been made between Jurgen Klopp, Manager of Liverpool (L) and Manchester City manager Josep Guardiola. Liverpool and Manchester City have been drawn together in the Champions League Quarter Finals of the 2017/18 season. ***LEFT IMAGE*** WEST BROMWICH, ENGLAND – MAY 15: Jurgen Klopp, manager of Liverpool looks on during the Barclays Premier League match between West Bromwich Albion and Liverpool at The Hawthorns on May 15, 2016 in West Bromwich, England. (Photo by Ben Hoskins/Getty Images) ***RIGHT IMAGE*** MANCHESTER, ENGLAND – DECEMBER 23: Manchester City manager Josep Guardiola looks on during the Premier League match between Manchester City and AFC Bournemouth at Etihad Stadium on December 23, 2017 in Manchester, England. (Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

“Sewaktu musim pertama Pep Guardiola bersama Manchester City, beliau mengalami kesukaran dan tidak menang apa-apa pun.”

“Hal ini menjadi isu kerana orang semua menjangkakan pasukan beliau akan memenangi sesuatu.”

“Pada musim kedua, beliau dapat apa yang dimahukannya. Beliau tidak mahu Bacary Sagna, Pablo Zabaleta, Aleksandar Kolarov dan Gaël Clichy.”

“Beliau jual semua 4 pemain itu dan dapat balik pengganti dengan jumlah yang sama. Kenapa? Sebab beliau diberikan sokongan oleh pihak kelab.”

Hal yang sama dikatakan oleh Mourinho mengenai Klopp yang berjaya mendapatkan khidmat Alisson Becker, Mohamed Salah, Andrew Robertson dan juga Sadio Mane.

“Jika anda adalah seorang pengurus yang boleh mempunyai kuasa untuk mendapatkan pemain yang anda mahukan, ianya adalah satu perkara. Satu perkara lagi adalah kemungkinan yang anda tidak boleh melakukan perkara tersebut.”

Mourinho dikatakan telah menolak 3 tawaran kerja selepas meninggalkan Manchester United sambil mengatakan dirinya memerlukan lebih masa sebelum kembali semula.

Leave a Reply