Rafa Benitez Yakin Penyokong Chelsea Sambut Baik Kedatangannya Ke Stamford Bridge

Rafa Benitez

Pengurus Newcastle United, Rafa Benitez yakin setelah apa yang telah dilakukannya ketika membimbing Chelsea pada tahun 2012 bakal menyaksikan sambutan yang positif bakal diterimanya dari penyokong setia Chelsea di Stamford Bridge malam ini.

Skuad bimbingan Benitez itu akan membuat perhitungan menentang Chelsea di gelanggang lawan dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada jam 8.30 malam ini.

Benitez telah dilantik sebagai pengendali sementara di Chelsea selepas menggantikan Roberto De Matteo yang dipecat pada pada November 2012.

Walaupun hanya sempat untuk menikmati lebih kurang 6 bulan masa bersama Chelsea, Rafa Benitez telah berjaya memberikan sumbangan yang bermakna disamping merealisasikan apa yang diinginkan pemilik kelab, Roman Abramovich dan juga para penyokong setia The Blues.

Chelsea berjaya menamatkan saingan liga pada musim tersebut ditempat ke-3 sekaligus melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara Eropah secara automatik serta menjuarai Liga Europa selepas menewaskan Benfica 2-1 pada perlawanan akhir.

Sokongan yang pernah diberikan oleh penyokong Chelsea kepada Rafa Benitez pada tahun 2013.

Pengurus yang lebih menempa nama dalam kancah bola Inggeris ketika bersama Liverpool itu berkata: ”Saya fikir peminat akan baik-baik sahaja. Peminat biasa yang boleh anda temui di jalanan baik-baik sahaja dengan saya.”

”Ketika anda menyaksikan perlawanan, persaingan antara Chelsea dan Liverpool telah mengubah persepsi sesetengah orang. Kebanyakannya menyedari bahawa saya telah melakukan pekerjaan dengan profesional.”

”Kami (ketika bersama Chelsea) menamatkan saingan liga ditempat ke-3, sama seperti apa yang Abramovich mahukan, untuk layak secara automatik ke Liga Juara-Juara Eropah. Kami berjaya melakukannya dan turut menjuarai Liga Europa ketika itu. Saya rasa penyokong Chelsea akan gembira dengan pencapaian tersebut.”

”Ianya sangat positif disana. Saya juga mempunyai ramai rakan di Chelsea, kakitangan pasukan juga sangat bagus dan penyokong mereka baik-baik sahaja.”

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN