Video: Gonzalo Higuain Rai Gol Kemenangan Juventus Perli Presiden Napoli

Selepas menjaringkan gol kemenangan untuk menewaskan Napoli, sekaligus membantu Juventus merapatkan perbezaan mata kepada hanya satu kepada lawan mereka itu yang mendahului kedudukan Serie A Itali, Gonzalo Higuain mempunyai cara tersendiri dalam meraikan gol.

Kali ini keraian gol oleh penyerang antarabangsa Argentina itu ditujukan khas untuk bekas majikannya di Napoli, Presiden Aurelio De Laurentiis.

Perlawanan yang berlangsung pada awal pagi tadi menyaksikan Higuain menjaringkan gol ke-5 dari 5 penampilan menentang Napoli. Higuain meninggalkan Napoli untuk menyertai Juventus dengan nilai perpindahan €90 juta di penghujung musim 2015-16.

Sejak menyertai Juventus, Higuain dan juga Presiden Napoli, Aurelio De Laurentiis telah terlibat dalam beberapa siri pertikaman lidah yang mendapat liputan meluas media di Itali.

Higuain menuduh De Laurentiis sebagai individu yang bertanggungjawab memaksa beliau keluar daripada kelab tersebut pada ketika itu.

Perseteruan antara Higuain dan De Laurentiis turut mengundang kecaman daripada penyokong Napoli terhadap penyerang yang turut pernah beraksi bersama Real Madrid itu.

Selepas menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-13 itu, Higuain kelihatan menggoyang-goyangkan tangannya sebelum meletakkan tangan di atas dahi sebagai tanda beliau sedang cuba mengesan di manakah De Laurentiis berada di dalam stadium.

Selepas perlawanan tersebut, Higuain menjelaskan keraian gol ditujukan khas buat bos Napoli itu itu kepada Sky Sport Italia.

“Saya mencari di manakah Tuan Presiden. Tetapi saya tidak dapat mengesan beliau. Mungkin beliau telah pergi menyembunyikan diri.”

Walaupun mempunyai hubungan yang dingin bersama De Laurentiis, Higuain sangat menghormati pengurus Napoli, Maurizio Sarri.

“Saya sangat menghormati Sarri. Beliau adalah individu yang bertanggungjawab membantu meningkatkan prestasi dan kebolehan saya. Saya sangat sukan Sarri sebagai seorang individu, juga sebagai seorang jurulatih.”

“Saya hanya mampu mengucapkan selamat maju jaya buat beliau.”

“Kami masih berhubung antara satu sama lain walaupun kami tidak mewakili kelab yang sama. Ia adalah satu penghormatan untuk mengenali Sarri.”

Selepas berjaya mengurangkan kelebihan yang dimiliki oleh Napoli dalam perebutan kejuaraan Serie A, tumpuan Higuain dan Juventus kini akan beralih untuk memastikan tempat sebagai 16 pasukan yang layak ke peringkat kalah mati dalam pertandingan UEFA Champions League.

Anak buah Massimiliano Allegri akan berkunjung ke Olympiakos pada Selasa hadapan untuk perlawanan terakhir Kumpulan D.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN