Pernahkah anda terfikir apabila melihat susuk tubuh tua seorang pengurus bola sepak – bilakah mereka akan berhenti?
Mana tidaknya, sudah usia memasuki zaman emas sepatutnya tekanan kerja menguruskan pasukan bola sepak tidak patutnya ada dalam fikiran mereka.
Mereka sepatutnya bersama keluarga meluangkan masa bersama-sama, bukan?
Namun itu tidak ada dalam fikiran pengurus Newcastle United – Rafa Benitez.
Bleiau kini berusia 57 tahun mendapati dirinya mampu untuk menjadi pengurus sehingga beliau berusia 70 tahun.
“Jika anda tanya pada ketika ini maka saya akan jawab ya. Saya mahu menjadi pengurus pasukan bola sepak sehingga usia saya mencecah 70 tahun.”
“Saya begitu suka akan kerjaya saya sebagai pengurus. Malah saya sukakan semangat dalam bola sepak.”
Menurut Benitez, beliau tidak dapat untuk cuba hidup seperti manusia lain.
“Saya tidak mampu nak buang bola sepak dalam hidup saya. Pernah satu masa ketika di rumah, saya membantu keluarga saya menyusun pinggan di meja makan.”
“Apa yang saya buat, saya pergi susun pinggan itu semua dengan formasi 4-4-2. Apabila ahli keluarga saya nampak, mereka suruh saya pergi dan biarkan mereka yang susun pinggan tersebut.”
Situasi dialami Benitez ini pernah disuarakan oleh pengurus Arsenal iaitu Arsene Wenger.
Beliau tidak dapat bayangkan hidup beliau selepas bersara kerana sudah bertahun-tahun lamanya beliau melakukan kerja sebagai seorang pengurus.