Situasi perlawanan Premier League di antara Liverpool dan Tottenham Hotspur semalam nyata cukup kontroversi.
Pengadil Jon Moss dan juga pembantu pengadil Eddie Smart nyata merupakan bahan kontroversi kepada perlawanan ini selepas menghadiahkan 2 penalti di penghujung perlawanan.
Dari perspektif Liverpool, mereka ternyata kecewa dengan situasi tersebut. Namun adakah Moss melakukan keputusan yang tepat.
Bekas pengadil Premier Dermot Gallagher memberikan pendapat beliau mengenai situasi itu.
Situasi penalti 1
Dalam insiden penalti yang pertama, Gallagher berasakan ia merupakan keputusan yang tepat untuk memberikan penalti.
Katanya, Moss dan Smart kedua-dua membuat keputusan yang tepat yang dimana situasi utamanya adalah ketika Dejan Lovren gagal mengeluarkan bola dari situasi bahaya.
“Harry Kane sememangnya berada dalam situasi ofsaid, tetapi sebelum bola itu tiba di kaki beliau Lovren mempunyai peluang untuk mengeluarkan bola itu dari kawasan bahaya.”
“Lovren gagal mengeluarkan bola itu tapi kaki beliau ada sentuhan dengan bola itu. Jadi, Kane yang berada dalam situasi ofsaid kini dalam situasi tidak ofsaid.”
Situasi penalti 2
Dalam insiden penalti selepas gol Mohamed Salah, Gallagher sekali lagi puji tindakan yang dilakukan oleh Moss dan Smart.
“Saya perlu puji tindakan yang dilakukan oleh Moss dan Smart, mereka kedua-dua berhubung dengan baik.”
“Dalam situasi penalti yang kedua, kotak penalti Liverpool begitu sesak kerana ramai pemain di dalamnya.”
“Jelas sekali dalam ulang tayang terdapat kekasaran dilakukan. Moss dan Smart melakukan keputusan yang tepat.”
https://streamja.com/p6j