Rafa Benitez Tidak Terkejut Dengan Tiga Kemenangan Berturut-Turut Dicatatkan Newcastle United

Pengurus Newcastle United, Rafa Benitez berkata beliau tidak terkejut dengan keupayaan kelab bimbingannya meraih tiga kemenangan berturut-turut dalam saingan liga ketika ini.

Newcastle United kini berada ditangga keempat liga selepas tamat lima perlawanan dengan mencatatkan 9 mata.

Pada Sabtu lalu, The Magpies berjaya menundukkan Stoke City dengan kemenangan 2-1 hasil jaringan dari Christian Atsu dan Jamaal Lascelles.

Newcastle United
NEWCASTLE UPON TYNE, ENGLAND – SEPTEMBER 16: Jamaal Lascelles of Newcastle United celebrates after he scores the winning goal during the Premier League match between Newcastle United and Stoke City at St. James Park on September 16, 2017 in Newcastle upon Tyne, England. (Photo by Ian MacNicol/Getty Images)

Benitez berkata: ”Pasukan ini tidak mengejutkan saya kerana saya melihat mereka berlatih setiap hari dan mereka berlatih dengan baik.”

Beliau bagaimanapun melihat banyak perkara yang perlu dipertingkatkan oleh anak buahnya.

”Terdapat perkara yang kami tidak melakukannya dengan baik tetapi saya dapat melihat dimana kami boleh meningkatkannya.”

”Ada tiga atau empat perkara yang kami boleh perbaiki. Para pemain cuba untuk memahami cara yang diperlukan untuk kami memainkan permainan kami.”

”Kami perlu bermain dengan cara kami sendiri. Newcastle bukanlah pasukan yang mempunyai penguasaan bola yang tinggi, jadi kami perlu untuk bermain dengan kekuatan kami dan itu yang dilakukan sekarang.”

”Sekarang kita mengetahui bahawa kita mempunyai masa untuk meningkatkan beberapa perkara. Jika kita membuat kesilapan, kita tidak perlu panik dan boleh melakukan perkara-perkara yang perlu kita lakukan.

”Pemain akan menghargainya.”

Newcastle United akan berkunjung ke Falmer Stadium pada hujung minggu ini bagi pertemuan menentang Brighton & Hove Albion.

Newcastle United
26 Aug 2000: Alan Shearer (centre) of Newcastle United is tackled by Stefan Freund (left) and Luke Young (right) of Tottenham during the FA Carling Premiership match at St James Park, in Newcastle, England. Newcastle United won the match 2-0. \ MandatoryCredit: Stu Forster /Allsport

Kali terakhir Newcastle berjaya memperoleh tiga kemenangan berturut-turut dalam lima perlawanan terawal saingan Liga Perdana Inggeris adalah pada musim 2000-01.

Ketika itu mereka dibimbing Sir Bobby Robson dan menamatkan kempen liga ditempat ke-11.

Sumber :

The Shields Gazette (2017) – http://www.shieldsgazette.com/sport/football/newcastle-united/rafa-benitez-reveals-why-he-s-not-surprised-by-newcastle-s-winning-run-1-8758353

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN