Radja Nainggolan Terus Pertikai Keputusan Lucu Pengadil Di Indonesia

Bekas pemain kebangsaan Belgium, Radja Nainggolan terus tampil mempertikaikan keputusan pengadil dalam saingan Liga 1 Indonesia yang dianggap sangat tidak konsisten selepas beliau sendiri menghadapinya sejak beberapa aksi lalu.

Perjalanan karier Nainggolan yang sepatutnya boleh dijadikan kenangan manis di Indonesia jelas tidak seperti diharapkan selepas beberapa isu melanda beliau di atas padang bersama kelab diwakili beliau, Bhayangkara.

Selain gagal memberi impak besar buat Bhayangkara di atas padang, pasukan diwakilinya itu juga berada di tangga kedua tercorot Liga 1 Indonesia dan berpeluang cerah untuk tersingkir ke divisyen kedua musim hadapan.

Setakat tujuh perlawanan dilalui Nainggolan, beliau hanya mampu untuk merekodkan satu jaringan sahaja dan ia terhasil pada aksi terbaharu ketika Bhayangkara menentang Dewa United.

Walaupun begitu, jaringan bekas pemain Inter Milan tersebut gagal untuk membantu Bhayangkara memperoleh walau satu mata apabila mereka tewas 2-3 di tangan Dewa United.

Melihat kepada keputusan tersebut, dua kritikan diberi oleh Nainggolan mengenai kualiti pengadil pada perlawanan tersebut dengan pertama pemain itu sempat meluahkan rasa protesnya seusai wisel penamat dibunyikan menerusi perkongsian CNN Indonesia.

Ketika itu, Nainggolan meluahkan rasa tidak puas hati apabila pengadil meniupkan wisel lebih awal walaupun masa tambahan diberikan selama lima minit.

Kali kedua, beliau meluahkan di media sosial dengan menyatakan sistem Video Assistant Referee (VAR) perlu diwujudkan secepat mungkin kerana ada situasi ‘offside’ tidak sepatutnya dibuat oleh pengadil bertugas.

Situasi yang tidak memihak kepada Bhayangkara itu menyaksikan hasrat mereka untuk sekurangnya mengikat seri Dewa United tidak kesampaian.

Sebenarnya, ini bukan kali pertama Nainggolan menghadapi isu kualiti pengadil di sana selepas beliau pernah meluahkannya menerusi media sosial sebelum itu berkenaan perkara tersebut.

Sebelum ini, Nainggolan pernah meluahkan rasa tidak puas hati apabila dirinya menerima kekasaran cukup keras daripada pemain lawan pada aksi Bhayangkara tewas besar 1-4 pada 22 Februari lalu di tangan PSS Sleman.

Selain itu, Nainggolan juga menganggap undang-undang bola sepak di Indonesia sangat pelik apabila ada pemain yang dilayangkan kad merah masih dibenarkan berada di tepi padang perlawanan.

“Sejak bila jika ada pemain yang menerima layangan kad merah tetapi masih dibenarkan berada di kawasan padang perlawanan? Saya belum pernah saksikan hal seperti ini,” ujar Nainggolan kurang berpuas hati ketika itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN