Cagliari semalam telah membuat pengesahan mereka berjaya menandatangani Radja Nainggolan secara pinjaman daripada Inter Milan. Pemain antarabangsa Belgium tersebut membuat keputusan berkenaan supaya dapat meluangkan masa bersama isterinya yang sedang bertarung dengan penyakit kanser.
Nainggolan telah pun diminta untuk mencari kelab baru sebelum ini selepas pengurus baru Inter, Antonio Conte menyatakan bahawa pemain tengah berusia 31 tahun berkenaan tiada dalam perancangan beliau bagi mempersiapkan skuad musim ini.
Nainggolan baru sahaja menyertai skuad Nerazzuri dengan nilai €38 juta pada awal musim lepas dari AS Roma dan membuat penampilan dalam 29 perlawanan Serie A.
OFFICIAL: Radja Nainggolan returns to Cagliari! ? pic.twitter.com/5AIcWaQB5u
— Goal (@goal) August 5, 2019
Isteri pemain baru Cagliari itu, Claudia Lai memang berasal dari ibu negeri Cagliari iaitu bandar Sardinia. Berita duka tersebut diumumkan sendiri oleh Claudia dalam akaun Instagram milik beliau pada bulan lepas dengan menceritakan tentang permulaan rawatan kemoterapi yang menakutkan’.
“Sejak sebulan lalu, apabila saya bangun dari tidur di waktu pagi, saya harap kewujudan penyakit ini hanyalah sekadar mimpi ngeri. Saya berharap hari-hari seterusnya akan muncul lebih lewat, tetapi ianya tidak berlaku. Setiap hari berlalu pergi dan membawa sama kebahagiaan saya…”
“Mulai hari ini, saya akan memulakan babak baru dalam kehidupan… Kimoterapi. Selepas penat mengalirkan lautan air mata, apa yang saya boleh katakan, kini adalah masanya untuk saya bangkit dan melawan ‘raksasa jahat’ ini. Terima kasih kepada ahli keluarga dan sahabat-sahabat yang membantu saya untuk menikmati bulan ini dengan ketenangan serta menyalurkan kekuatan dengan kata-kata positif agar saya dapat berhadapan dengan segala realiti yang sedang berlaku.”
Today @OfficialRadja finalised a surprise return to Cagliari.
Some decisions are bigger than football. ❤️ pic.twitter.com/HXaGl7LJci
— B/R Football (@brfootball) August 5, 2019
“Semoga berjaya buat semua insan yang berhadapan dengan mimpi ngeri yang sama. Terus berusaha, jangan berputus ada dan jangan pernah lunturkan senyuman di wajah anda!”
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2011 dan mempunyai dua orang cahaya mata berusia tujuh dan tiga tahun.
Nainggolan yang pernah beraksi bersama Cagliari pada 2010 sehingga 2014 menzahirkan keterujaannya dapat kembali ke skuad Rossoblu. Beliau sangat berterima kasih kepada majikan lama beliau yang memberi peluang kepadanya untuk berada lebih dekat dengan isteri dan keluarga tercinta.
“Saya begitu gembira dan sangat teruja. Hati saya sentiasa mahu kembali ke sini tetapi saya tidak pernah menyangka hajat itu tertunai pada tahun ini dan saya sangat bersyukur ianya benar-benar berlaku.”
Good luck #Nainggolan ??pic.twitter.com/89CfBRHciD
— EnJoY Inter (@EnjoyInterNews) August 3, 2019
“Bukanlah sesuatu yang sukar untuk memilih Cagliari sekalipun saya telah menerima beberapa tawaran dari kelab lain. Saya telah berbincang dengan beberapa pengurus pasukan tetapi saya perlu berterima kasih kepada presiden kelab, Tomasso Guilini yang meyakinkan saya untuk kembali ke sini semasa kali pertama menghubungi saya tempoh hari.”
Nainggolan telah pun mengumumkan persaraan beliau daripada pentas antarabangsa selepas tidak dipilih untuk bersama skuad Belgium dalam kejohanan Piala Dunia pada tahun lepas.
Kami daripada SemuanyaBOLA mengucapkan selamat maju jaya buat Nainggolan di kelab baru. Kami turut mendoakan agar isteri beliau tabah dan kuat semangat untuk berhadapan dengan penyakit kanser yang dihadapinya.
Guarisci presto Claudia!