Quantcast

BERITA

AFF B-18: Shah Alam Antlers Terpaksa Lupakan Khidmat Ryan Selepas Mendapat Panggilan Vietnam

Pasukan Liga M4 negara, Shah Alam Anters terpaksa melupakan khidmat pemain berusia 16 tahun yang berasal dari Thailand, Ryan Nguyen Gilbert untuk aksi sulung di Klang Valley League membabitkan kelab yang berpengkalan di Shah Alam itu selepas mendapat panggilan menyertai skuad B-18 Vietnam untuk Kejohanan AFF Bawah 18.

Ryan adalah pemain berdarah kacukan Australia dan Vietnam, dan disambar oleh Shah Alam Antlers pada Januari lalu hasil pemerhatian dan penilaian unit pencari bakat kelab tersebut.

Melalui satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook kelab tersebut, Ryan mula beraksi bersama pasukan Antlers di pertandingan di Community Challenge Cup 2019 menentang Kerteh FC pada Februari lalu.

Ryan Nguyen Gilbert, 16 tahun, membuat penampilan sulung bersama Shah Alam Antlers di perlawanan Community Challenge Cup…

Posted by Shah Alam Antlers Football Club on Thursday, January 24, 2019

Hasrat untuk Antlers mendaftarkan pemain tersebut sebagai pemain import untuk aksi di pusingan awal Piala FA 2019 bagaimanapun tidak dapat direalisasikan apabila peraturan pertandingan tidak membenarkan pemain di bawah usia 18 tahun didaftarkan sebagai pemain import.

Ryan dipanggil oleh Ketua jurlatih Vietnam, Hoang Anh Tuan untuk memperkuatkan barisan serangan pasukan. Vietnam adalah tuan rumah untuk kejohanan edisi 2019.