Pasukan Liga Malaysia (Liga M) iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) dilaporkan dalam usaha untuk cuba membawa masuk khidmat penyerang kebangsaan Colombia iaitu Radamel Falcao.
Perkhabaran tersebut dijelaskan sendiri menerusi wartawan sukan iaitu T. Avineshwaran menerusi Twitter beliau sebentar tadi dengan menyatakan Falcao sedang diintai oleh pasukan tersebut.
Malah, penyerang prolifik itu juga turut menilai tawaran tersebut ketika ini serta mahu pengalaman baharu dalam dunia bola sepak profesional.
Menurut Marca, penyerang Colombia Radamel Falcao sedang diintai Johor Darul Ta’zim pada jendela perpindahan kedua, apabila kontraknya bersama Rayo Vallecano tamat pada Jun.
Falcao sedang menilai tawaran itu tersebut. Dia inginkan pengalaman baharu! #MFLTransfer2023
— T. Avineshwaran (@avineshW90) March 1, 2023
“Menurut Marca, penyerang Colombia Radamel Falcao sedang diintai Johor Darul Ta’zim pada jendela perpindahan kedua, apabila kontraknya bersama Rayo Vallecano tamat pada Jun.
“Falcao sedang menilai tawaran itu tersebut. Dia inginkan pengalaman baharu,” jelas kenyataan tersebut menerusi Twitter sebentar tadi.
Hubungan antara bekas penyerang yang pernah beraksi di Manchester United sebelum itu bersama JDT bukan lagi asing, selepas beliau pernah mengucapkan yang terbaik buat pasukan tersebut dalam saingan Piala Sumbangsih 2023.
“Hai kepada semua penyokong JDT. Saya Radamel Falcao. Saya ingin ucapkan selamat maju jaya untuk perlawanan Sumbangsih,” ungkapnya.
Untuk rekod, JDT pernah mendapatkan beberapa pemain berkelas dunia sebelum ini seperti Daniel Guiza dan Pablo Aimar untuk menyertai pasukan itu.
Colombian International Radamel Falcao wishes Johor Darul Ta'zim FC (JDT) all the best for tomorrow's Charity Cup match.
Get your tickets at https://t.co/Ukqmtx8fNf! pic.twitter.com/Mjm6AqUGRh
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) February 23, 2023
Malah, berdasarkan pengaruh besar dimiliki JDT menerusi hubungan mereka bersama beberapa kelab gergasi lain serta dipengaruhi tajaan syarikat terkenal, tidak menjadi sebarang masalah untuk pasukan itu mendapatkan penyerang seperti Falcao.
Menyedari saingan AFC Champions League (ACL) yang bakal diharungi pasukan tersebut musim ini, pastinya lebih banyak persiapan rapi dibuat supaya mereka dapat tampil lebih baik berbanding tahun lalu.
Di posisi serangan JDT ketika ini, mereka sudah pun memiliki Fernando Forestieri, Diogo Santos, dan Bergson da Silva yang sangat hebat di hadapan gol menerusi rekod cemerlang telah dibuktikan buat semua pemerhati bola sepak.
Kemasukan Falcao pastinya akan memberi nilai tambah terbaik buat pasukan itu menerusi pengalaman dimiliki beliau untuk memberi suatu dimensi berbeza di bahagian serangan musim 2023.
Adakah JDT Terdesak Untuk Segera Terbangkan Falcao Sebagai ‘Box Office Signing’?https://t.co/WbGX467PG6
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) February 24, 2023
Apapun, isu perpindahan Falcao ke JDT bakal menjadi tumpuan ramai selepas ini jika ianya berhasil, kerana nama Liga M akan terus dikenali ramai.