Qatar 2022: Tuan Rumah Mahu Tunjukkan Kejohanan Ini Bukan Sekadar Kontroversi

Qatar 2022
  • Pasukan: Qatar
  • Benua: Asia
  • Kali terakhir layak: 2022
  • Pencapaian terbaik: 2022 (layak sebagai tuan rumah)

Selamat datang ke previu Qatar 2022 dimana kami akan memberikan gambaran awal kepada 32 pasukan yang bakal merebut kejuaraan terulung dalam bola sepak pada akhir tahun ini.

Kita mulakan dengan Qatar yang merupakan tuan rumah untuk kejohanan kali ini. Seperti yang kita tahu, Qatar merupakan negara Asia ketiga yang menjadi tuan rumah Piala Dunia selepas Jepun dan Korea Selatan bergabung pada 2002.

Tanpa disangka, 20 tahun kemudian, Piala Dunia akan kembali ke Asia dengan pada masa sekarang FIFA tidak lagi melakukan sistem giliran mengenai benua manakah yang akan menjadi tuan rumah.

Perjalanan ke Qatar 2022

Qatar tidak perlu melalui proses pusingan kelayakan kerana sudah pun berjaya layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2022 sebagai tuan rumah.

Namun begitu, ‘pusingan kelayakan’ yang dilalui Qatar sudah bermula jauh lebih awal daripada 31 negara yang lain apabila mereka sudah merebut hak tuan rumah sejak 2009 lagi.

Ianya bermula apabila FIFA membuka peluang untuk mana-mana negara menjadi tuan rumah untuk dua edisi Piala Dunia iaitu 2018 dan 2022.

Ketika itu, ada 11 negara ya ng menzahirkan hasrat untuk menjadi tuan rumah bagi salah satu edisi. Namun sedikit demi sedikit bilangan negara berkurangan.

Hinggalah untuk edisi 2018, hanya negara Eropah sahaja yang tinggal dan bertarung untuk mendapatkan mandat. Akhirnya, Rusia dipilih sebagai tuan rumah.

Sementara itu untuk edisi 2022, Australia, Korea Selatan, Jepun, Amerika Syarikat dan Qatar menjadi lima negara terakhir yang bersaing untuk mandat tersebut.

Dan sudahnya, Qatar yang terpilih menjadi tuan rumah walaupun pemilihan mereka dan Rusia kurang disenangi.

Siapa sandaran tuan rumah?

Jika dilihat di atas kertas, Qatar bukanlah pasukan yang mempunyai kekuatan yang cukup untuk berikan impak kepada kejohanan ini.

Malahan, bukanlah yang terbaik di Asia jika hendak diikutkan. Jadi siapa yang boleh disandarkan oleh tuan rumah?

Setakat previu ini ditulis, Qatar belum mengumumkan skuad akhir mereka namun jika dilihat kepada barisan pemain yang selalu diturunkan, tuan rumah boleh mengharapkan kepada Akram Afif.

Berdasarkan Transfermarkt, Akram yang berusia 25 tahun merupakan pemain paling bernilai dalam skuad Qatar dengan beliau berharga €5.5 juta (RM26 juta).

Bermain untuk Al-Sadd, Akram merupakan seorang pemain sayap kiri dengan pengalaman pernah beraksi di Belgium dan Sepanyol bersama-sama Sporting Gijon.

Qatar 2022
Qatar’s midfielder Akram Afif (C) attempts a shot during the FIFA Arab Cup 2021 football match for third place between Egypt and Qatar at the 974 stadium in the capital city of Doha on December 18, 2021. (Photo by DENOUR / AFP)

Mampu bermain di kedua-dua belah sayap dan juga sebagai penyerang, Akram cukup tajam di depan gol dengan beliau sudah menjaringkan 76 gol dan 63 bantuan gol untuk Al-Sadd dalam 124 penampilan.

Qatar boleh menjangkakan gol-gol akan terhasil dari posisi sayap kiri kerana Akram menjaringkan 58 jaringan ketika beraksi di bahagian tersebut.

Jika Akram berada pada di prestasi terbaiknya, beliau mampu menjadi gandingan serangan yang baik kepada Almoez Ali dan Muhammad Muntari.

Santai saja, Qatar

Sejujurnya tiada harapan tinggi yang diletakkan oleh kepada juara satu kali Piala Asia ini pada Qatar 2022.

Sebaliknya, persembahan yang baik di hadapan penyokong sendiri dan berjaya mengutip mata serta menyusahkan Belanda, Senegal dan Ecuador pastinya akan amat dialu-alukan.

Berjaya mara ke peringkat seterusnya adalah bonus buat Qatar kerana ini adalah penampilan pertama mereka di Piala Dunia.

Kita telah saksikan bagaimana Qatar mampu memberikan cabaran pada FIFA Arab Cup tahun lalu apabila mereka berjaya memperoleh tempat ketiga.

Namun cabaran sebenar akan bermula sedikit masa saja lagi.

Jadi santai-santai saja ya, Qatar?

Peluang menuntup segala cela

Sebaik sahaja bekas Presiden FIFA, Sepp Blatter mengumumkan Qatar dipilih sebagai tuan rumah, segala kontroversi muncul menyelubungi.

Baik isu rasuah, hak asasi manusia dan juga LGBT – semuanya ada dan sampai sekarang masih belum lagi reda.

Jadi, di atas padanglah peluang terbaik untuk Qatar menutup mulut pengkritik terutamanya negara-negara Eropah yang mereka bukanlah sekadar tuan rumah sahaja namun mampu memberikan cabaran kepada pasukan lawan.

Qatar mungkin pasukan yang kurang diketahui ramai kekuatannya dan itu yang menjadikan mereka sukar untuk diduga.

Apa-apa pun kita nantikan saja sepak mula menentang Ecuador nanti.

Semoga berjaya, Qatar.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN