Mampukah Faisal Halim Rampas Gelaran MVP Liga Malaysia Dari Arif Aiman?

Faisal Halim

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) untuk kategori pemain paling bernilai (MVP) menyaksikan pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT) Arif Aiman akan menerima persaingan sengit daripada bintang Terengganu – Faisal Halim.

Arif merupakan pemenang tahun lepas sekali lagi tercalon untuk mengekalkan anugerah yang dimenanginya. Dengan prestasi yang cukup baik pada tahun ini, boleh dikatakan Arif antara calon utama untuk mengetepikan pesaing yang lain.

Ketika di kejohanan Liga Juara-Juara AFC (ACL) tahun ini, pemain ini telah beraksi cukup cemerlang sehingga membantu JDT muncul juara kumpulan dan layak ke pusingan seterusnya.

Perkara ini telah menarik perhatian pemerhati bola sepak bukan sahaja di Malaysia malah dari luar negara.

Dengan statistik yang begitu luar biasa, mereka menyatakan Arif mempunyai gaya permainan yang cukup cemerlang dan mempunyai kemahiran yang berkualiti tinggi.

 

Untuk rekod, pemain ini berada di kedudukan teratas untuk bantuan gol dengan 14 bantuan gol. Ia satu angka yang begitu besar untuk pemain muda seperti dirinya.

Bukan sahaja cemerlang bersama JDT, malah Arif juga membuktikan perkara sama ketika beraksi bersama Harimau Malaya apabila menjadi tonggak utama dalam kejayaan Malaysia layak ke Piala Asia 2023.

Dari segi gaya permainan, kita boleh katakan mereka berdua ini hampir sama di mana bermain di bahagian sayap dan mempunyai larian deras namun dari segi kawalan bola untuk situasi 1v1, Faisal tampak lebih menyerlah.

Di JDT, Arif banyak memainkan peranan dalam mengucar-kacirkan sistem pertahanan lawan dan lebih suka membantu rakan sepasukan menjaringakn gol.

Namun begitu, harus diingat, Faisal juga sedang berada di kemuncak prestasi ketika ini dan nampak peluang untuk merampas anugerah itu juga terbuka.

Malah dari segi jumlah gol dan bantuan gol bersama Terengganu, Faisal berada di kelompok tiga teratas bersama-sama pemain import yang lain.

Ini sudah jelas membuktikan pemain kelahiran Pulau Pinang ini juga ada sebab kenapa mereka perlu memilih dirinya.

 

Faisal juga antara individu penting dalam pasukan sepanjang musim ini terutama selepas perlawanan akhir Piala FA di mana skuad Penyu telah menunjukkan prestasi sangat menakjubkan sehingga berjaya menduduki naib juara Liga Super dan layak ke Asia tahun depan.

Persaingan sihat ini sangat bagus untuk pasukan kebangsaan kerana gandingan mereka di kiri dan kanan sudah pasti ditagih oleh Kim Pan-gon dalam membantu skuad kendaliannya mencapai kemenangan.

Media Indonesia juga memberi perhatian kepada dua pemain ini yang diramalkan akan menjadi tonggak utama dalam kejayaan Malaysia di kempen Piala AFF 2022.

Ketika ini, mereka masih meneruskan perjuangan di saingan Piala Malaysia dan jika melepasi halangan yang menanti, JDT dan Terengganu akan bertemu untuk kali kedua di pentas akhir.

Mungkin kita dapat melihat sekali lagi pertarungan dua calon pemain paling bernilai tahun ini dalam membantu pasukan mereka merebut kejuaraan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN