Qatar 2022: Tuan Rumah Jadi Pasukan Pertama Tersingkir Dari Piala Dunia

Qatar 2022

Qatar secara rasmi menjadi pasukan pertama yang terkeluar dari persaingan Qatar 2022 selepas tewas 1-3 kepada Senegal dalam perlawanan kedua kumpulan A.

Tuan rumah turun dengan semangat ingin mengikut jejak pasukan Asia yang lain apabila mereka berjaya mempersembahkan permainan bertenaga termasuklah mengejutkan lawan mereka yang lebih kuat.

Kedua-dua pasukan sedar kemenangan sangat penting buat mereka kerana hanya kemenangan mampu membuka peluang untuk ke pusingan seterusnya.

Namun, Senegal lebih baik dalam perlawanan ini dan tuan rumah terpaksa menerima kekalahan yang memeritkan ini.

15 minit awal, Lions of Teranga lebih menguasai permainan sementara pasukan tuan rumah bermain lebih berhati-hati sehingga ia memberi peluang untuk Senegal mengatur permainan.

Selepas setengah jam perlawanan berlangsung, Senegal masih mengasak bertali arus ke kubu Qatar hingga menyebabkan penjaga gol tuan rumah, Meshal Aissa Barsham bekerja keras untuk menafikan beberapa percubaan berbahaya.

Qatar terpaksa bermain sedikit bertahan dan akan menyerang bila berpeluang namun mudah hilang mudah setiap kali memasuki kawasan Senegal.

Skuad bimbingan Aliou Cisse banyak mencipta peluang dihadapan gol tapi masalah utama pemain Senegal adalah gagal memanfaatkan setiap peluang yang hadir dengan baik.

Lima minit sebelum separuh masa pertama tamat, jaringan yang dicari akhirnya menjelma selepas kesilapan dari pemain pertahan tuan rumah, Boualem Khoukhi dan Boulaye Dia tidak mempersiakan peluang tersebut untuk meletakkan Senegal dihadapan 1-0 pada minit ke-41.

Sebaik separuh masa kedua bermula, Senegal yang berada di ranking 18 dunia tidak mengambil masa lama untuk menggandakan kedudukan berpunca dari satu sepakan penjuru dan Famara Diedhiou yang tidak dikawal mudah menanduk masuk untuk gol kedua pada minit ke-48.

Qatar yang ketinggalan dua gol, terus mengubah corak permainan dengan bermain sedikit pantas dan mula menyerang untuk mendapatkan jaringan.

Tuan rumah berpeluang mendapatkan jaringan pertama mereka namun beberapa percubaan lemah memudahkan barisan pertahanan serta penjaga gol menafikan percubaan tersebut.

Pada minit ke-66, Correia hampir meledak jaringan namun ketangkasan Edouard Mendy sekali lagi mengecewakan ribuan penyokong tuan rumah.

Pertukaran yang dilakukan oleh ketua jurulatih Qatar, Felix Sanchez membuahkan hasil selepas pemain gantian, Mohammed Muntari meledak jaringan pertama pada minit ke-78 untuk merapatkan kedudukan 1-2 dengan Senegal.

Qatar yang berusaha untuk mendapatkan jaringan penyamaan dikejutkan sekali lagi apabila pemain gantian Senegal, Bamba Dieng menjaringkan gol ketiga sekali gus mengukuhkan kedudukan 3-1 pada minit ke-84.

Biarpun Qatar cuba bangkit mendapatkan gol namun kedudukan tersebut kekal sehingga tamat perlawanan.

Kekalahan ini menyebabkan Qatar akan turun dalam perlawanan terakhir mereka nanti hanya sekadar pelengkap jadual sahaja.

Bagi Senegal pula, mereka wajib menewaskan Ecuador jika berhasrat ke pusingan seterusnya dan terakhir sangat penting buat mereka kerana pasukan yang kalah harus pulang lebih awal.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN