Saingan Piala Dunia Qatar 2022 secara rasminya telah bermula hari ini dengan pasukan tuan rumah turun beraksi bertemu Ecuador dalam aksi perlawanan pembukaan.
Skuad kendalian Felix Sanchez itu terpaksa akur tewas 2-0 di tangan Ecuador dengan Enner Valencia muncul wira skuad kendalian Gustavo Alfaro.
Perlawanan pembukaan edisi kali ini agak membosankan kerana kedua-dua pasukan tidak menunjukkan tahap persembahan terbaik mereka.
#FIFAWorldCup2022: #Qatar survive massive scare after VAR verify robs #Ecuador of first goalhttps://t.co/y4cnnrWgMg
— DNA (@dna) November 20, 2022
Qatar jelas sekali terlalu gugup dan boleh difahami hal itu berlaku kerana ini adalah kempen Piala Dunia pertama mereka.
Aksi babak pertama jelas sepenuhnya milik Ecuador, namun babak kedua, Qatar berjaya memberi saingan sengit kepada pasukan lawan.
Qatar 0-2 Ecuador
Dua minit pertama kedua-dua pasukan dilihat saling berbalas serangan, namun tiada serangan merbahaya yang berjaya dilancarkan.
Ecuador kemudiannya berjaya memperoleh gol pertama mereka seawal minit kedua permainan, menerusi Enner Valencia.
Ecuador’s last five World Cup goals:
▪️ Valencia vs. Switzerland (2014)
▪️ Valencia vs. Honduras (2014)
▪️ Valencia vs. Honduras (2014)
▪️ Valencia vs. Qatar (2022)
▪️ Valencia vs. Qatar (2022)— B/R Football (@brfootball) November 20, 2022
Hasil dari satu sudut sepakan percuma, jentera serangan Ecuador berjaya memperokotak-katikkan barisan pertahanan Qatar dan memperoleh gol dari posisi tersebut.
Penjaga gol Qatar, Saad Al- Sheeb membuat kesilapan tak sepatutnya selepas beliau keluar terlalu awal untuk mengeluarkan bola dari kotak penalti.
Malang untuk Al Sheeb, beliau gagal untuk memenangi bola dan membuka ruang untuk jentera serangan Ecuador menguji gawang golnya.
Torres melakukan tendangan gunting ke arah gawang gol Qatar, namun bola rembatan beliau sekadar melambung di hadapan kotak penalti.
Pervis Estupiñán for Ecuador against Qatar:
◉ Most touches (88)
◉ Most final ⅓ passes (19)
◉ Most passes into final ⅓ (11)
◉ Most passes into opp. box (10)
◎ Joint-most tackles made (4)
◎ Joint-most clearances (3)Left side on lock. 🔒#ECU #FIFAWorldCup pic.twitter.com/uyNLxY2hyD
— Squawka (@Squawka) November 20, 2022
Enner Valencia kemudiannya menyambar bola tersebut seterusnya merobek gawang gol Qatar untuk gol pendahuluan pasukan Ecuador.
Kegemaran kem Ecuador tidak bertahan lama selepas VAR membatalkan gol tersebut kerana ada pemain mereka yang ditangkap berada dalam kedudukan offside.
Minit ke-13, Ecuador berjaya memenangi sepakan penalti selepas Al Sheeb menjatuhkan Enner Valencia di dalam kotak penalti.
Valencia tenang menyempurnakan sepakan penalti tersebut untuk membantu Ecuador mendahului permainan dengan keputusan 1-0.
Pada minit ke-31 permainan, Valencia cemerlang meledak gol kedua peribadinya, seterusnya menambah tekanan untuk pasukan tuan rumah.
Aksi babak pertama berakhir dengan keputusan 2-0, dengan Ecuador dilihat benar-benar dominan sepanjang 45 minit pertama permainan.
With their loss to Ecuador, Qatar becomes the first host country to lose the opening game of the World Cup. pic.twitter.com/rCq6LuAza8
— TSN (@TSN_Sports) November 20, 2022
Aksi babak kedua, Qatar dilihat kembali mendapatkan tahap persembahan terbaik mereka dalam perlawanan ini, dan mereka dilihat tidak gugup seperti aksi pada babak pertama permainan.
Kedua-dua pasukan gagal untuk menambah gol pada aksi babak kedua dan perlawanan tamat dengan Ecuador cemerlang menewaskan Qatar 2-0.
Ecuador selepas ini akan turun beraksi bertemu Netherlands pada 26 November nanti, sementara Qatar pula bakal turun beraksi bertemu Senegal pada 25 November.