Piala Malaysia: Tak Ada Elemen Kejutan, JDT Mudah Mara Ke Final Atasi Sabah

Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan tiket untuk di mereka mara ke final Piala Malaysia 2022 setelah pasukan tersebut berjaya menewaskan Sabah dengan keputusan agregat 4-1.

Untuk aksi semalam yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), JDT jelas menguasai permainan secara keseluruhan untuk tidak membiarkan pasukan pelawat mendapat sebarang ruang bagi mencipta sesuatu.

Tiga jaringan daripada tonggak serangan tuan rumah iaitu Bergson da Silva, Fernando Forestieri, dan Syafiq Ahmad sudah cukup untuk mengesahkan kemenangan mereka dengan sebelum itu, JDT sudah pun mempunyai bekalan satu gol di Likas.

Manakala Sabah pula, pasukan tersebut hanya memperoleh satu gol saguhati menerusi pemain import mereka dari Jepun, Taiki Kagayama.

Awal perlawanan berlangsung menyaksikan kedua pasukan bermula dengan intensiti permainan yang agak tinggi dengan tuan rumah lebih mendominasi di posisi serangan.

Bergson hampir membuka jaringan pertama buat JDT pada minit ke-5, setelah percubaan pemain tersebut berjaya dihalang dengan baik oleh penjaga gol Sabah, Damien Lim.

Empat minit kemudian, giliran Fernando Forestieri pula untuk menguji Damien Lim menerusi percubaan tepat jarak jauh yang berjaya ditepis dengan baik untuk menafikan gol pertama tuan rumah.

Selepas 10 minit perlawanan berlangsung, Sabah masih lagi mempunyai sebarang peluang terbaik untuk melepaskan sebarang percubaan kearah gawang gol tuan rumah.

Damien Lim sekali lagi tampil cemerlang, apabila penjaga gol itu sekali lagi menafikan percubaan tepat daripada Bergson pada minit ke-24.

Sesekali pasukan pelawat cuba mencipta peluang serangan mereka menerusi gerakan dibina oleh Saddil Ramdani dan Amri Yahyah, namun benteng pertahanan JDT jelas begitu berdisiplin untuk menghalang segala kemungkinan.

Akhirnya JDT berjaya memperoleh gol pertama mereka pada minit ke-34 menerusi tandukan kencang Bergson untuk menewaskan Damien Lim yang sangat kebal sebelum itu menafikan segala percubaan pasukan tuan rumah.

Tidak lama kemudian, Forestieri terus menggandakan kelebihan tuan rumah menerusi jaringan kedua yang dihasilkan beliau pada minit ke-40, selepas pemain tersebut mendapat umpanan cantik daripada Arif Aiman.

Taiki Kagayama berjaya menjaringkan gol pertama buat Sabah sebaik sahaja separuh masa kedua bermula, setelah ada kesilapan yang dibuat oleh pertahanan JDT membuka ruang buat pelawat mendapatkan jaringan.

Perlawanan terpaksa dihentikan beberapa kali oleh pengadil, setelah ada kecederaan yang dialami oleh beberapa pemain Sabah termasuklah Damien Lim.

JDT memperoleh peluang sepakan penalti pada penghujung separuh masa kedua, apabila pemain gantian iaitu Akhyar Rashid dijatuhkan dalam petak penalti.

Safawi Rasid gagal untuk menambah jaringan menerusi sepakan penalti, setelah rembatan pemain tersebut jauh melambung tinggi dan tiada gol tambahan dapat dihasilkan oleh tuan rumah.

Tampil Syafiq Ahmad meledak gol terakhir perlawanan untuk menamatkan terus usaha pasukan pelawat untuk sekurangnya mengekalkan keputusan tersebut sehingga wisel penuh perlawanan.

Keputusan perlawanan kekal sehingga wisel penamat dibunyikan, apabila JDT mengesahkan diri mereka untuk mara ke final selepas mengatasi cabaran Sabah dengan keputusan agregat 4-1.

Kesebelasan utama

Johor Darul Ta’zim (JDT): Mohd Farizal Marlias (Penjaga gol)(Kapten), Matthew Thomas Davies, Mohd Afiq Fazail, Bergson Gustavo da Silva Silveira, Muhammad Nazmi Faiz Mansor, La’vere Lawrence Corbin-Ong, Ignacio Insa Bohigues, Shahrul Mohd Saad, Arif Aiman Mohd Hanapi, Fernando Martin Forestieri, Jordi Amat Maas

Sabah: Damien Chien Khai Lim (Penjaga gol), Rawilson Batuil (Kapten), Gerald Gadit, Taesu Park, Muhammad Farhan Roslan, Taiki Kagayama, Mohd Badrul Affendy Mohd Fadzli, Mohd Amri Yahyah, Dominic Jun Jin Tan, Saddil Ramdani, Mohamad Sahrizan Saidin

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN