Qatar 2022: Skuad ‘Otai’ Jadi Taruhan Belgium Buru Kejuaraan Piala Dunia Pertama Dalam Sejarah

Piala Dunia 2022 Belgium

Pengalaman pemain-pemain senior sentiasa menjadi elemen penting kepada sesebuah skuad bola sepak dan ia menjadi taruhan Belgium dalam kejohanan Piala Dunia 2022 di Qatar.

Kebanyakan pengurus pastinya tidak mahu mengetepikan bintang-bintang ‘otai’ mereka untuk membimbing pasukan di atas padang.

Ia menjadi lebih penting terutamanya apabila berdepan dengan pasukan lawan di peringkat kalah mati di mana pengalaman sering menjadi pemisah kepada keputusan perlawanan.

Berdasarkan statistik, purata umur skuad The Red Devils untuk edisi kali ini adalah 27.8, iaitu di kedudukan keenam berbanding Iran (28.9), Mexico (27.9), Argentina (@7.9), Brazil (27.8) dan Tunisia (27.8).

11 daripada 26 pemain dalam senarai akhir mempunyai lebih 50 kaps dan enam daripadanya sudah pun mencecah tiga angka yang juga merupakan angka tertinggi dalam kalangan 32 pasukan di pusingan akhir ini.

Malah ini juga dianggap sebagai peluang terakhir buat ‘generasi emas’ Belgium untuk memenangi kejohanan berprestij selepas muncul pasukan yang memerikan harapan buat rakyat negara tersebut dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini.

Nama-nama pemain seperti Simon Mignolet, Thibaut Coirtois, Koen Casteels, Jan Vertonghen, Toby Aldeweireld, Axel Witsel, Thomas Meunier, Kevin De Bruyne, Hans Vanaken, Dries Mertens dan Eden Hazard semuanya telah memasuki usia 30-an.

Hanya lima orang pemain yang berusia 22 tahun dan ke bawah iaitu Zeno Zebast (19), Jeremy Doku (20), Charles De Ketelaere (21), Amadou Onana (21) dan Lois Openda (22).

Kenali Charles De Ketelaere, Prospek ‘Jelmaan De Bruyne’ Yang Menjadi Buruan Kelab Elit Eropah

Belgium yang ditempatkan dalam kumpulan F bakal berdepan saingan Canada, Croatia dan Morocco dijangka tidak menghadapi masalah untuk mara ke pusingan seterusnya, namun lumrah dalam bola sepak, segalanya boleh berlaku.

Vertonghen yang kini berusia 35 tahun muncul pemain paling ‘senior’ dalam pasukan diikuti oleh Dries Mertens. Pemain pertahanan Benfica itu sudah pun mengumpul 141 kaps di peringkat antarabangsa bermula debutnya pada 2008 dan turut beraksi di Piala Dunia 2014 dan 2018.

Namun ia masih terlalu jauh untuk memecahkan rekod pemain paling tua dalam sejarah Piala Dunia yang dipegang oleh penjaga gol Mesir, Essa El Hadary yang membuat penampilan pada kejohanan 2018 yang lalu ketika berusia 45 tahun dan 161 hari.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN