Qatar 2022: Penyingkiran Jerman Adalah Satu Kemaluan Besar Buat Thomas Muller

Thomas Muller

Pemain Jerman, Thomas Muller menganggap penyingkiran negaranya dari saingan Qatar 2022 adalah sebuah kemaluan besar buat dirinya.

Jerman tersingkir dua kali berturut-turut dalam saingan kumpulan selepas mengalami perkara yang sama ketika Rusia 2018.

Bagi pemain veteran Bayern Munich ini, beliau menganggap penyingkiran skuad Hansi Flick ini adalah satu tragedi buat bola sepak negara Eropah itu.

“Ianya adalah satu tragedi dahsyat, kami sangat kecewa kerana keputusan yang kami peroleh sudah cukup [untuk layak ke pusingan seterusnya]. Kami rasa seperti tidak terdaya.

“Kalau ini adalah perlawanan terakhir saya bersama Jerman, ianya adalah pengalaman yang luar biasa. Terima kasih banyak-banyak,” kata Muller menerusi ESPN.

Jerman merakamkan kemenangan ke atas Costa Rica dengan keputusan 4-2 dalam aksi terakhir kumpulan.

Akan tetapi, ianya tidak cukup kerana Jepun menewaskan Sepanyol untuk mara sebagai juara kumpulan.

Qatar 2022: Samurai Biru ‘Pancung’ Sepanyol Dan ‘Terajang’ Jerman Keluar Dari Piala Dunia

Bagi Flick pula, kegagalan Jerman di Qatar memerlukan butang reset ditekan untuk memantapkan bola sepak negara itu.

“Sukar untuk perkatakan apa yang berlaku ketika ini, kami perlu menilai prestasi di Piala Dunia terlebih dahulu dan kemudian bergerak ke hala tuju baharu.

“Kami perlu pulih dengan pantas, kita tengok apa yang masa depan akan sediakan untuk kami.

“Saya seorang yang kritikal, jadi saya akan nilaikan semuanya,” kata Flick.

Jerman merakamkan kekalahan kepada Jepun dan seri dengan Sepanyol sebelum tewaskan Costa Rica untuk mengutip hanya empat mata.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN