- Pasukan: Jerman
- Benua: Eropah
- Kali terakhir layak: 2018
- Pencapaian terbaik: Juara (1954, 1974, 1990, 2014)
Selepas menjadi juara pada tahun 2014, Jerman dilihat seakan-akan kehilangan taring mereka untuk terus kekal menjadi pencabar utama di pentas antarabangsa.
Untuk edisi 2018, mereka sekadar menamatkan cabaran di peringkat Kumpulan F, selepas hanya mengutip tiga mata sahaja untuk berada belakang Sweden, Mexico, dan Korea Selatan.
Bagi saingan Euro 2020, pasukan itu sekali lagi dihantar pulang lebih awal selepas tewas di tangan England pada pusingan 16 pasukan terbaik.
behind the scenes 🎞️ @fifaworldcup_de-Shooting 📸#FIFAWorldCup #WM2022 #GER pic.twitter.com/L65Bb7w9iF
— DFB-Team (@DFB_Team) November 18, 2022
Skuad yang dikendalikan oleh Hansi Flick ini sekarang dilihat kembali mendapat rentak mereka serta suasana di bilik persalinan yang lebib harmoni, apabila jurulatih tersebut lebih bersikap terbuka.
Untuk cabaran Piala Dunia 2022 di Qatar, Flick telah menyenaraikan barisan pemain yang dilihat menarik, setelah beberapa bakat muda turut diberi peluang untuk bersama pemain senior.
Pada saingan Nations League yang berlangsung sebelum itu, Jerman dilihat tidak begitu konsisten selepas mencatat kekalahan kepada Hungary serta terikat seri bersama England.
Dari segi kedudukan peringkat kumpulan ketika itu, Jerman berada di tangga ketiga setelah hanya mengumpul satu kemenangan, empat seri, dan sekali tewas.
Jamal Musiala bintang harapan
Walaupun baru berusia 19 tahun, Jamal berjaya mempamerkan aksi yang sangat matang sejak beberapa musim ini bersama Bayern Munich selaku pemain tengah menyerang.
Bekas pemain kebangsaan England bawah 21 (B-21) ini tampil sensasi sebagai salah satu bintang muda yang diberi perhatian untuk saingan Piala Dunia 2022 di Qatar berdasarkan prestasi semasa beliau yang positif.
Two assists on the day he becomes the youngest Bayern player to reach 100 appearances.
Jamal Musiala is special 🤩 pic.twitter.com/PHa1Av9gqa
— B/R Football (@brfootball) November 12, 2022
Tampil dengan kualiti gelecekan yang sangat lincah, Jamal juga merupakan pemain sangat aktif untuk mencipta ruang serta tajam di hadapan gawang. menerusi kualiti rembatannya begitu tajam untuk menewaskan penjaga gol lawan.
Untuk Piala Dunia kali ini, Jamal berada di landasan terbaik buat dirinya untuk terus mengembangkan potensi dimiliki beliau dan menjadi salah satu prospek untuk wakil pasukan-pasukan luar menilai dirinya.
Selain Jamal, seorang lagi bintang muda perlu diberi perhatian ialah Youssoufa Moukoko yang beraksi di posisi penyerang dan baru berusia 17 tahun.
Tanpa kelibat Timo Werner, ini merupakan peluang terbaik buat Moukoko untuk mencuri perhatian Flick dan diberi peluang sebagai salah seorang penyerang utama buat Jerman dalam saingan bakal berlangsung nanti.
Peluang untuk Jerman?
Berada bersama Sepanyol, Costa Rica, dan Jepun dalam Kumpulan E, peluang untuk Jerman dilihat agak seimbang untuk mara ke pusingan seterusnya.
Cabaran besar mereka mungkin terarah kepada Sepanyol yang berjaya mempamerkan prestasi agak baik kebelakangan ini termasuk mencatat kemenangan semalam ketika bertemu Jordan.
Your 2022 Germany World Cup squad 🇩🇪✈️ pic.twitter.com/pbiZ2wnNbK
— DAZN Canada (@DAZN_CA) November 14, 2022
Walaupun begitu, Flick pastinya sudah mempunyai rencana tersendiri dengan sebilangan pemain yang kini berada dalam prestasi terbaik mereka seperti Jamal, Ilkay Gundogan, Serge Gnaby, Antonio Rudiger serta beberapa lagi dilihat mampu memberi impak positif buat pasukan.