Presiden MFL Nasihat Setiap Pasukan Belanja Ikut Kemampuan

Saingan Liga Malaysia (Liga-M) pada musim hadapan dijangka bakal berdepan dengan cabaran lebih getir mengenai pengurusan kewangan, setelah format baharu telah diperkenalkan.

Untuk itu, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menasihatkan setiap pasukan yang bertanding agar membuat perancangan lebih rapi mengenai soal kewangan supaya tidak timbul isu seperti gaji tidak dibayar.

Format baharu yang diperkenalkan MFL untuk saingan musim hadapan ialah menambah kuota import kepada sembilan pemain berbanding lima sebelum itu.

Menurut Datuk Ab Ghani Hassan selaku Presiden MFL, beliau menasihatkan kepada semua pasukan yang bertanding musim hadapan supaya tidak boros dan tidak terikut-ikut dengan perbelanjaan pasukan lain.

“MFL sudah menetapkan kuota maksimum sembilan pemain import kepada setiap pasukan Liga Super namun mereka yang mempunyai bajet sederhana tidak perlu memenuhi semua kuota itu.

“Pasukan seharusnya berbelanja ikut kemampuan masing-masing dan tidak semestinya mengambil sembilan pemain import.

“Jika mampu ambil kurang daripada itu adalah lebih baik yang penting ikut kemampuan dan perancangan kerana walaupun kuota dibenarkan sembilan pemain import tetapi hanya lima di atas padang dan satu di bangku simpanan,” katanya menerusi Harian Metro.

Saingan Liga Super musim hadapan akan berlangsung dengan membabitkan 15 pasukan, setelah Petaling Jaya City (PJ City) menarik diri.

Dua lagi kelab iaitu Melaka United dan Sarawak United sah disingkirkan pada musim hadapan ekoran masalah dihadapi pasukan tersebut gagal diselesaikan.

Menerusi pelaksanaan baharu yang dibuat iru, setiap pasukan bakal bertanding dalam 30 perlawanan berbanding 22 sahaja pada musim ini dengan tidak termasuk aksi Piala FA dan Piala Malaysia.

Pada masa sama, Ab Ghani juga berharap agar setiap pasukan menyediakan bajet dengan sistematik untuk mengelakkan sebarang masalah berlaku.

Beliau turut berkata dengan tegas untuk tidak mahu melihat mana-mana pasukan mempunyai isu gaji ketika saingan liga berlangsung yang akan menjejaskan para pemain.

“Kita di MFL, berharap agar Liga Malaysia ini ada kewibawaan dan reputasinya terus berkembang baik kerana ketika ini liga kita dinobatkan sebagai liga nombor satu Asia Tenggara dan nombor lima diperingkat Asia.

“Ini hasil kejayaan pasukan dalam Liga M di peringkat antarabangsa khususnya Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) seperti Johor Darul Ta’zim (JDT) yang berada dalam 16 pasukan ACL selain Kuala Lumpur City FC yang dinobatkan selaku naib juara AFC Cup.

“Banyak peningkatan dan kemajuan dicapai Liga Malaysia dan insya-Allah pada 2024 nanti, dua kelab akan beraksi secara automatik dan dua lagi secara play-off di ACL.

“Dan pencapaian ini sama dengan kelab-kelab di Timur Tengah,” katanya yang menegaskan pihaknya mahu memastikan MFL terus bergerak ke hadapan dalam memastikan Liga M berada di dalam peta bola sepak Asia.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN