Qatar 2022: Ini Sebab Brazil Abadikan Kemenangan Kepada Pele Selepas Tamat Perlawanan

Para pemain Brazil dilihat telah melakukan suatu perkara unik, iaitu selepas mereka masing-masing memegang satu sepanduk besar yang memaparkan muka bekas pemain legenda iaitu Pele selepas aksi 16 terbaik Piala Dunia 2022 di Qatar.

Perkara tersebut dibuat selepas perlawanan membabitkan pasukan itu bersama Korea Selatan, dan Brazil berjaya mencatat kemenangan 4-1 dalam pusingan 16 terbaik tersebut untuk mara ke peringkat seterusnya.

Brazil yang tampil serba agresif pada perlawanan itu terlebih dahulu meledak empat gol tanpa balas di separuh masa pertama menerusi jaringan pembukaan bintang muda mereka, Vinicius Jr.

Korea Selatan yang dilihat gagal untuk menyesuaikan diri dengan lebih cepat pada separuh masa pertama, terpaksa menerima tiga lagi gol daripada lawan menerusi Neymar, Richarlison, dan Lucas Paqueta.

Walaupun begitu, mereka berjaya tampil dengan lebih baik di separuh masa kedua dengan tidak membenarkan Brazil menjaringkan sebarang gol lagi.

Malah, Brazil juga bolos akhirnya pada minit ke-76 selepas pemain gantian Korea Selatan, Paik Seung-ho berjaya mendapatkan satu gol sagu hati buat negaranya.

Keputusan kekal tamat dengan Brazil mengesahkan tempat mereka di suku akhir untuk bertemu Croatia tidak lama lagi.

Selesai sahaja perlawanan itu, satu sepanduk besar yang memaparkan muka Pele telah dikeluarkan oleh Neymar dan dibawa kepada rakan sepasukan lain untuk bergambar.

Pemain legenda itu ketika ini masih berada di hospital kerana tahap kesihatannya berada dalam keadaan agak merudum.

Pele dijangka menonton aksi tersebut dari atas katil di hospital sambil melihat pasukan kebangsaan itu memberi sokongan kepada beliau selepas perlawanan tamat.

Menerusi prestasi semasa Brazil, ada kemungkinan Pele dapat melihat satu lagi trofi kejuaraan Piala Dunia bakal singgah ke kabinet pasukan tidak lama lagi.

Sehingga kini, segala perkembangan semasa mengenai kesihatan Pele telah dilaporkan sendiri menerusi du anaknya iaitu Kely dan Flava.

“Lebih kurang tiga minggu lalu, beliau dijangkiti wabak Covid-19. Dia telah pun divaksin. Tetapi disebabkan ubat-ubatan kanser dan kemoterapi yang kerap membuatkan tahap kesihatannya lebih merudum dan ada jangkitan di bahagian paru-paru.

“Sebab itu beliau terpaksa dibawa ke hospital kerana tahap kesihatannya jelas agak merudum dan umur beliau juga semakin meningkat.

“Di hospital, segalanya tampak lebih baik buat beliau. Pele tidak berada di ruangan ICU, sebaliknya wad biasa sahaja. Tahap kesihatannya lebih terjamin di situ,” jelas salah seorang anak Pele iaitu Flavia menerusi Sport Bible.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN