Qatar 2022: Gandingan Mitrovic Dan Vlahovic Mampu Julang Serbia Lebih Tinggi

  • Pasukan: Serbia
  • Benua: Eropah
  • Kali terakhir layak: 2018
  • Pencapaian terbaik: Separuh akhir (1930, 1962)


Tampil dengan barisan serangan yang ketika ini dalam terbaik menjadikan Serbia selaku salah satu pasukan mampu untuk mencipta kejutan besar di Qatar.

Saingan kali ini menyaksikan Serbia jelas lebih bersedia sejak awal menerusi beberapa keputusan aksi sebelum itu yang sangat positif bersama corak permainan lebih menyakinkan.

Malah, pasukan tersebut juga meninggalkan rekod semasa yang sangat menarik selepas mereka menghuni kedudukan teratas carta kumpulan dalam saingan Nations League.

Untuk kelayakan Piala Dunia, mereka masih lagi menjuarai carta kumpulan dan mengatasi pasukan besar seperti Portugal untuk menunjukkan karakter terbaik sebelum berlepas ke Qatar.

Berdasarkan pemain yang dipilih kali ini, Serbia memiliki skuad yang sangat seimbang untuk barisan pemain muda berkualiti serta tonggak berpengalaman.

Formasi kemungkinan

Pengendali Serbia iaitu Dragan Stojkovic tampil dengan positif setakat ini untuk mengemudi pasukan di landasan yang tepat untuk mencabar sebarang kejuaraan.

Daripada 20 perlawanan dihadapi Serbia sepanjang bawah kejurulatihannya, beliau berjaya memberi negara tersebut 13 kemenangan secara keseluruhan.

Beliau gemar menggunakan sistem tiga pertahanan dalam perlawanan dihadapi terutama sekali ketika saingan Nations League lalu menerusi formasi 3-4-2-1 untuk meletakkan Aleksandar Mitrovic sebagai penyerang tunggal.

Walaubagaimana pun, sesekali beliau cuba membuat eksperimen dengan menggunakan formasi 3-5-2 untuk memberi lebih ketajaman dengan menggunakan Dusan Vlahovic sebagai pasangan kepada Mitrovic.

Posisi penjaga gol juga sangat menarik dengan Vanja Milinkovic-Savic berada dalam prestasi cukup baik buat Serbia untuk mencabar kesebelasan utama.

Tetapi, Pedrag Rajkovic juga dilihat seimbang menerusi ketangkasan yang dipamerkan dalam beberapa perlawanan ketika dibawa turun beraksi.

Pemain kunci terarah kepada Mitrovic

Saat ramai menyangkakan Vlahovic atau Dusan Tadic yang akan menjadi tumpuan aksi Piala Dunia kali ini untuk Serbia, pemain serangan mereka iaitu Mitrovic dilihat lebih layak.

12 penampilan beliau bersama Fulham ketika ini menyaksikan Mitrovic sudah pun meledak sembilan gol secara keseluruhan 22 percubaan tepat telah dilakukannya sehingga kini.

Bersama skuad kebangsaan, lapan jaringan telah dihasilkan beliau ketika aksi kelayakan Piala Dunia lalu untuk mengetepikan Cristiano Ronaldo yang meledak enam gol.

Menerusi corak permainan beliau yang agresif serta gemar menggunakan kekuatan fizikal untuk menewaskan pertahanan lawan, Mitrovic bakal dijadikan senjata utama untuk Serbia mendapatkan gol.

Peluang untuk Serbia?

Pasukan ini diletakkan bersama Brazil, Cameroon, dan Switzerland dalam Kumpulan G yang dilihat agak seimbang untuk Serba hadapi.

Namun, Brazil mungkin menjadi penghalang terbesar mereka ekoran kualiti pemain dimiliki negara tersebut jelas lebih lengkap dan berada dalam kelas tersendiri.

Tanpa sebarang tekanan besar untuk Serbia, pasukan ini mampu melakar kejutan besar untuk mara lebih jauh pada musim ini menerusi prestasi mereka yang sangat baik di pentas antarabangsa.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN