Qatar 2022: Embolo Tidak Raikan Jaringannya Untuk Switzerland Bagi Menghormati Negara Kelahiran

Breel Embolo Switzerland Cameroon

Breel Embola muncul penjaring gol kemenangan Switzerland ketika berdepan Cameroon dalam aksi peringkat kumpulan Piala Dunia 2022, namun memilih untuk tidak meraikannya.

Selepas separuh masa pertama yang sengit di Stadium Al Janoub, skuad kendalian Hakan Yakin itu membuka jaringan selepas bermula dengan satu gerakan dari bawah sebelum hantaran lintang dari Shaqiri dimanfaatkan sebaik mungkin oleh  untuk jaringan pertama pada minit ke-47.

Kenapa Embola tidak meraikan jaringan?

Meskipun ia merupakan gol pertamanya di kejohanan Piala Dunia, penyerang berusia 25 tahun itu memilih untuk tidak meraikan jaringannya memandangkan beliau sebenarnya dilahirkan di Cameroon dan ia adalah sebagai tanda hormat kepada negara kelahirannya.

Embolo dilahirkan di ibu kota Yaounde dan ibu bapanya telah berpisah semasa beliau masih kecil. Ketika berusia lima tahun, ibunya telah membawanya berhijrah ke Perancis untuk memastikan beliau mendapat pendidikan.

Apabila ibunya berkahwin dengan seorang warga Switzerland, Embola dan keluarganya berpindah ke Basel dan mula dibentuk di bawah bimbingan akademi kelab terkemuka FC Basel sebelum mendapat kerakyatan pada 2014.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN