Qatar 2022: Switzerland Tiada Masalah Catat Kemenangan Atasi Cameroon

Aksi pembukaan Piala Dunia kumpulan G  menyaksikan Switzerland tiada masalah untuk mengutip tiga mata penting selepas mencatat memenangan ke atas Cameroon sebentar tadi.

Jaringan tunggal Breel Embolo diawal separuh masa kedua sudah cukup untuk mencerahkan peluang mereka mara ke pusingan kedua nanti.

Sementara calon pilihan juara oleh lagenda mereka, Samuel Eto’o gagal memberi saingan sengit bagi merealisasikan impian beliau sebelum itu.

Separuh masa pertama berlangsung dengan perlahan dengan kedua pasukan seolah ingin melihat corak permainan lawan mereka sebelum merencana perancangan asal.

Biarpun permainan tidak berintensiti tinggi, kedua-dua pasukan tetap berbalas serangan namun mempunyai masalah di bahagian terakhir untuk membuka tirai jaringan.

Cameroon mempunyai peluang terbaik melalui serangan pantas minit ke-9 menerusi Karl Toko Ekambi namun percubaan tersebut melambung tinggi biarpun ada rakan sepasukan yang boleh menolak mudah untuk gol pertama perlawanan.

 

Skuad bimbingan Murat Yakin dilihat menguasai perlawanan namun Switzerland gagal dalam merencanakan strategik bagi memecah pertahanan lawan dan lebih banyak melakukan percubaan tersasar.

Sementara anak didik Rigobert Song Bahang pula lebih berbahaya dalam menyerang dan mempunyai beberapa peluang terbaik tetapi penjaga gol Switzerland, Yann Sommer  bertindak cemerlang untuk menafikan setiap percubaan.

Pemain sayap Switzerland, Xherdan Shaqiri banyak memainkan peranan dalam menyerang dan membuka ruang serta peluang kepada rakan sepasukan namun ternyata masih gagal menemui penyudah.

 

Sebaik sahaja babak kedua bermula, pasukan yang dikenali sebagai A-Team tidak menunggu lama untuk membuka jaringan selepas bermula dengan satu gerakan dari bawah sebelum hantaran lintang dari Shaqiri dimanfaatkan sebaik mungkin oleh  untuk jaringan pertama pada minit ke-47.

Ketinggalan satu gol, corak permainan anak buah Rigobert mula berubah dan mula bermain secara pantas untuk menyerang bagi mencari gol penyamaan.

Switzerland hampir menambah jaringan melalui situasi yang sama seperti jaringan pertama namun percubaan Ruben Vargas dihadapan gol diselamatkan penjaga gol Camaeroon, Andre Onana.

 

Shaqiri menjadi pemain penting dalam perlawanan ini apabila beliau menjadi jentera dalam mengerakkan serangan dan hantaran bahaya dari pemain ini sering kali hampir memerangkap pemain pertahanan lawan.

Cameroon cuba bangkit dengan melakukan beberapa pertukaran namun lawan mereka lebih baik dalam bertahan sehingga tamat perlawanan.

Pemain gantian, Haris Seferovic hampir mengadakan kedudukan buat Switzerland namun beliau melepaskan peluang terbaik tersebut biarpun penjaga gol sudah tertewas.

Kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat permainan dan kemenangan ini memberi motivasi buat para pemain Switzerland kerana selepas ini mereka akan bertemu dengan satu lagi pasukan pilihan untuk menjuarai Piala Dunia, Brazil.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN