- Pasukan: Croatia
- Benua: Eropah
- Kali terakhir layak: 2018
- Pencapaian terbaik: Finalis (2018)
Selaku finalis Piala Dunia 2018, Croatia pastinya akan menjadi salah satu pasukan tumpuan buat seluruh pemerhati bola sepak dunia untuk melihat sejauh mana pasukan ini mampu melangkah jauh.
Pada edisi terdahulu, Croatia jelas cemerlang dalam setiap perlawanan dihadapi selepas mereka mengutip mata maksimum pada peringkat kumpulan untuk menewaskan Argentina, Nigeria, dan Iceland.
#groupF #Croatia #squad for the @FIFAWorldCup #qatarworldcup2022 @HNS_CFF @lukamodric10 @brozocrypto pic.twitter.com/TQXfm6nPCk
— Football Delivery (@FootballDeliver) November 18, 2022
Prestasi tersebut diteruskan ketika mereka mengetepikan cabaran Denmark serta Russia dalam pusingan kalah mati sebelum terpaksa berhempas pulas untuk menewaskan England dalam peringkat separuh akhir.
Menerusi prestasi semasa mereka kini juga dalam keadaan terbaik selepas mereka berjaya menamatkan cabaran peringkat kumpulan dalam saingan Nations League untuk berada di tangga pertama.
Kemenangan mereka keatas Perancis, Denmark, dan Austria ketika itu menjadi bukti mengapa Croatia perlu diberi lebih perhatian untuk saingan Piala Dunia ini.
Modric kekal jadi sandaran utama
Bintang Real Madrid, Luka Modric mengesahkan Piala Dunia ini menjadi penyertaaan terakhir beliau sebelum bersara daripada mewakili skuad kebangsaan, Croatia.
Pemain berusia 37 tahun tersebut telah membantu Croatia untuk mara ke peringkat akhir Piala Dunia 2018 dan mengejutkan ramai pemerhati bola sepak dunia ketika itu.
We are ready 🇭🇷🙏 pic.twitter.com/LU6oVh6HJU
— Luka Modrić (@lukamodric10) November 20, 2022
Malah, Modric juga turut mendapat anugerah Golden Ball kerana tampil cemerlang ketika itu dalam setiap perlawanan yang dihadapi di Russia.
Lebih membanggakan, pada tahun tersebut Modric turut dinobatkan selaku pemenang anugerah Ballon d’Or sekali gus menewaskan Cristiano Ronaldo, Antoine Griezmann, dan Kylian Mbappe.
Edisi kali ini beliau pastinya bakal menjadi tumpuan utama sekali lagi di Piala Dunia selaku kunci utama di bahagian tengah Croatia untuk menggerakkan serangan dan mengawal tempo permainan.
Adakah mereka mampu melakar kejayaan seperti musim 2018?
Berada dalam Kumpulan F bersama Morocco, Kanada, dan Belgium jelas ianya tampak tidak begitu sukar untuk Croatia mencipta sesuatu dan mara dengan lebih jauh.
Selain Modric pasukan tersebut juga dibarisi dengan beberapa lagi pemain bintang yang dianggap sangat berkualiti seperti Ivan Perisic, Mateo Kovacic, Andrej Kramaric, serta beberapa lagi tonggak penting yang hebat.
Berdasarkan kualiti senarai pemain yang terpilih kali ini, ia jelas bukan sesuatu yang sukar buat Croatia untuk menafikan cabaran Kanada dan Morocco.
https://twitter.com/mattandfootball/status/1594071772327985153?s=46&t=r2pCukA0SBEByp7H1ppjeg
Pengendali mereka iaitu Zlatko Dalic juga menegaskan tiada sebarang perubahan dalam corak permainan akan dibuat selepas beliau berpuas hati dengan aksi Croatia ketika dalam saingan Nations League.
“Saya tak akan sesekali menukar cara permainan kami, bila pasukan ini mempunyai pemain tengah seperti ini sekarang.
“Kami akan membuat tekanan untuk pasukan lawan sekiranya kami mempunyai peluang, dan kami akan bertahan secara berdisiplin ketika situasi permainan tidak memihak kepada kami,” ulas beliau menerusi The Guardian.