Ini Kemungkinan Besar Kenapa Safawi Gagal Ledak Penalti Semalam

Kebelakangan ini, aksi pemain sayap negara iaitu Safawi Rasid dilihat agak menurun dari segi prestasi serta tidak begitu memberi impak besar bersama kelab diwakilinya, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Selepas prestasi Arif Aiman Hanapi naik secara mendadak pada musim lalu, perlahan-lahan nama Safawi mula pudar dan lebih banyak beraksi sebagai pemain gantian untuk kelab.

Namun dari segi prestasi bersama skuad kebangsaan, pemain ini masih lagi mendapat tempat di hati Kim Pan-gon serta mempunyai kelas tersendiri untuk menjadi salah satu senjata utama buat Harimau Malaya.

Prestasi Safawi mula dilihat menurun selepas beliau pulih daripada kecederaan pada awal tahun lalu dengan tidak begitu memberi impak besar lagi di posisi serangan.

Terbaharu, Safawi turut gagal untuk menyempurnakan sepakan penalti semalam selepas rembatannya jauh tersasar tinggi dari gawang gol untuk memberi kelebihan gol buat JDT.

Safawi yang dimasukkan selaku pemain gantian semalam berpeluang untuk turut mencatat nama sebagai penjaring gol ketika mengatasi Sabah dalam saingan Piala Malaysia 2022, namun beliau gagal untuk menyempurnakannya.

Malah, pemain ini juga mula dikritik sesetengah pihak mengenai corak permainannya yang sangat menurun, terutama sekali ketika aksi persahabatan bertemu Persis Solo beberapa hari lalu.

Semalam, satu video telah dimuat naik di Tiktok menerusi akaun pengguna bernama @fadly1508jb mengenai sorakan ‘pengantin baharu’ kepada pemain tersebut selepas perlawanan tamat.

Perkara ini mencetuskan tanda tanya jika Safawi mungkin akan menamatkan zaman bujangnya untuk bernikah tidak lama lagi bersama pasangannya iaitu Syifa Melvin.

Umum diketahui ramai mengenai hubungan istimewa antara Safawi dan selebriti tersebut sudah terjalin sejak beberapa tahun ini, dan tidak mengejutkan jika pemain bola sepak itu ingin menoktahkannya menerusi pernikahan dalam masa terdekat.

Jadi, tidak hairan mengapa Safawi tidak begitu memberi fokus dalam perlawanan kerana mungkin sibuk memikirkan persiapan beliau bersama Syifa untuk menuju ke gerbang perkahwinan.

Walaubagaimana pun, harapan juga buat anak jati Terengganu ini kembali menemui sentuhannya yang berbisa lalu selaku pemain sayap serangan lincah dan tajam di hadapan gawang gol.

Kemungkinan besar nama beliau mungkin akan sekali lagi membarisi senarai pemain kebangsaan yang akan beraksi bersama Harimau Malaya pada hujung tahun ini dalam saingan Piala AFF.

Aset beliau menerusi kualiti sepakan percuma dan lincah di hadapan gol amat ditagih dalam memastikan skuad negara mampu mara lebih jauh berbanding terkandas awal seperti tahun lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN