Bintang utama Brazil, Neymar bakal disisihkan untuk dua baki perlawanan peringkat kumpulan saingan Piala Dunia 2022 selepas mengalami kecederaan ligamen di buku lali kanannya
Pemain berusia 30 tahun itu dikeluarkan pada minit ke-80 ketika aksi berdepan Serbia pada Khamis lalu selepas diterjah oleh Nikola Milenkovic. Secara keseluruhan penyerang Paris Saint-Germain itu telah dikasari sebanyak sembilan kali sepanjang perlawanan tersebut.
Ini bermaksud Neymar bakal terlepas aks berdepan Cameroon dan Switzerland. Brazil kini mendahulu kumpulan G dengan tiga mata.
Neymar and Danilo to miss rest of group stage with ankle injuries https://t.co/aJ57N3U80o pic.twitter.com/cuSm2ZvrtL
— Reuters World (@ReutersWorld) November 25, 2022
“Neymar dan Danilo telah menjalani imbasan MRI pada Jumaat dan kami mendapati terdapat kecederaan pada kedua-dua bahagian buku lali,” ujar doktor pasukan, Rodrigo Lasmar.
“Kedua-dua mereka akan terlepas perlawanan seterusnya dan kami akan terus memantau proses pemulihan dan rawatan untuk pastikan mereka dapat terus bermain dalma kejohanan Piala Dunia ini.”
Neymar sememangnya bergelut dengan kecederaan buku lalinya sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Selepas dikeluarkan beliau terduduk dan menutup muka dalam keadaan buku lalinya yang bengkak.
Menerusi satu hantaran di Instagram, beliau mengatakan ia merupakan detik sukar dan kariernya.
“Tiada yang hadir dengan mudah dalam hidup saya dan saya sentiasa bekerja keras untuk mencapai impian dan sasaran,” ujarnya.
“Saya tak pernah mendoakan sesuatu yang buruk berlaku kepada sesiapa yang sentiasa membantu mereka yang memerlukan.
“Saya cedera, ya ia tidak baik. Memang sakit tetapi saya yakin saya masih berpeluang untuk kembali kerana saya akan lakukan apa sahaja untuk membantu negara saya, rakan sepasukan saya dan diri saya sendiri.”
Setakat ini pilihan utama untuk menggantikan tempat Neymar adalah pemain sayap Real Madrid, Rodrigo. Sementara untuk tempat Danilo di bahagian bek kanan, pemain veteren Dani Alves adalah satu-satunya pilihan yang ada dalam skuad kendalian Tite itu.