Argentina turun beraksi bertemu Arab Saudi dalam perlawanan pertama saingan peringkat kumpulan C di pentas Piala Dunia Qatar.
Skuad kendalian Lionel Scaloni itu merupakan antara calon kegemaran untuk menjuarai saingan Piala Dunia pada tahun ini.
Arab Saudi sementara itu bukanlah pasukan kegemaran dan jelas sekali ramai percaya Argentina akan mudah untuk memenangi perlawanan ini.
Argentina are third in the world rankings.
Saudi Arabia are 51st. What is happening.#BBCFootball #BBCWorldCup pic.twitter.com/cH1rOhbTmR
— BBC Sport (@BBCSport) November 22, 2022
Walau bagaimanapun, ramalan peminat meleset selepas Arab Saudi cemerlang menewaskan Argentina 2-1 dalam perlawanan ini.
Argentina 1-2 Arab Saudi
Argentina memulakan permainan dengan aksi serangan tanpa henti ke kubu Arab Saudi dan mereka turut hampir memperoleh gol awal menerusi Lionel Messi.
Pada minit ke-8 permainan, Argentina dihadiahkan sepakan penalti selepas Leandro Paredes dijatuhkan di dalam kotak penalti.
Lionel Messi tampil mengambil sepakan penalti tersebut dan bintang PSG itu mudah menewaskan penjaga gol Arab Saudi untuk membantu Argentina mendahului permainan 1-0.
Saudi Arabia have come to ruin Lionel Messi's party https://t.co/X3ZX5PcPdi#ARG | #KSA | #FIFAWorldCup pic.twitter.com/jvOdCkQGCj
— Mirror Football (@MirrorFootball) November 22, 2022
Pada minit ke-28 permainan, Lautaro Martinez berjaya menggandakan kedudukan namun gol jaringan beliau dibatalkan oleh VAR.
Aksi babak pertama berakhir dengan Argentina mendahului perlawanan 1-0 dan jelas sekali skuad kendalian Lionel Scaloni itu terlalu dominan sepanjang 45 minit pertama permainan.
Masuk aksi babak kedua, Arab Saudi berjaya menyamakan kedudukan menerusi Saleh Al-Shehri yang menyempurnakan hantaran dari Firas Al-Buraikan.
Argentina semakin tertekan selepas Arab Saudi berjaya menjaringkan gol kedua mereka dalam perlawanan ini menerusi Salem Al-Dawsari.
Arab Saudi bermain dengan agak baik dan mereka berjaya menggagalkan usaha Argentina untuk memperoleh gol penyamaan.
2-1 Saudi Arabia.
THEY HAVE TAKEN THE LEAD VS ARGENTINA WITH AN ABSOLUTELY SENSATIONAL GOAL!!!!!!!!!! pic.twitter.com/Oy9Ubocuiv
— 𝐀𝐅𝐂 𝐀𝐉𝐀𝐗 💎 (@TheEuropeanLad) November 22, 2022
Argentina terus menerus melancarkan serangan dan mereka masih lagi dominan walau sedang ketinggalan 2-1 di belakang Arab Saudi.
Wisel penamat dibunyikan oleh pengadil perlawanan dan jelas sekali ramai terkejut melihat pasukan kegemaran tewas di tangan Arab Saudi.
Walau ramai yang percaya Arab Saudi akan dibelasah teruk dalam perlawanan ini, namun anak-anak buah Herve Renard itu membuktikan yang mereka perlu diberi perhatian.
Argentina perlu memastikan yang mereka mampu untuk menewaskan Mexico dan Poland selepas ini andai mereka mahu mara lebih jauh.
Argentina are ranked 3rd in the world.
Saudi Arabia are 51st.
THIS IS WHAT FOOTBALL IS ALL ABOUT! pic.twitter.com/rndgXsspSS
— BrightMike (@FlexmenC) November 22, 2022
Laluan untuk Argentina layak ke pusingan kalah mati akan semakin sukar andai mereka keciciran mata lagi selepas ini.
Maruah Asia ditebus oleh Arab Saudi selepas kejayaan mereka menewaskan Argentina dan jelas sekali mereka bakal lakukan yang lebih baik untuk mara lebih jauh pada edisi kali ini.