Qatar 2022: Aksi Hambar Mendy Punca Senegal Tewas 2-0 Di Tangan Belanda

Belanda turun bertemu Senegal di Al-Thumama Stadium untuk aksi perlawanan kedua peringkat kumpulan B saingan Piala Dunia 2022 awal pagi ini.

Senegal turun tanpa kehadiran pemain utama mereka, Sadio Mane yang terpaksa diketepikan kerana dibelenggu masalah kecederaan.

Belanda sementara itu turun dengan skuad terbaik mereka ke kejohanan ini dan skuad kendalian Louis Van Gaal itu juga merupakan antara calon kegemaran untuk bergelar juara tahun ini.

Melihat kepada prestasi semasa kedua-dua pasukan, Belanda jelas sekali dianggap sebagai pasukan kegemaran untuk memenangi perlawanan ini.

Senegal 0-2 Belanda

20 minit pertama permainan, perlawanan berlangsung agak seimbang dengan kedua-dua pasukan dilihat saling berbalas serangan dalam usaha mereka memburu gol awal.

Belanda memiliki beberapa kesempatan emas untuk memperoleh gol awal, namun sayangnya mereka gagal untuk memanfaatkan peluang yang ada.

40 minit permainan berlangsung, kedua-dua pasukan masih buntu dalam mencari gol awal, namun harus diakui yang para pemain telah mempamerkan aksi persembahan yang sangat menakjubkan.

Walau kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, namun jelas sekali Belanda sedikit lebih dominan namun mereka gagal untuk memperoleh gol pertama dalam perlawanan ini.

Aksi babak pertama berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan dan jelas sekali pengurus kedua-dua pasukan perlu lakukan sesuatu bagi memastikan skuad mereka mampu menjaringkan gol pada aksi babak kedua nanti.

Sejam perlawanan berlangsung masih tiada jaringan yang berjaya dihasilkan oleh kedua-dua pasukan.

Pada minit ke-84 permainan, Belanda berjaya memperoleh gol pendahuluan mereka menerusi bintang muda, Cody Gakpo.

Gakpo berjaya menanduk masuk bola hantaran dari Frenkie de Jong untuk membantu Belanda mendahului perlawanan dengan keputusan 1-0.

Belanda berjaya menggandakan kedudukan pada minit-minit akhir permainan menerusi  Davy Klaasen yang memanfaatkan bola muntah dari dakapan Mendy.

Gol tersebut secara tak langsung mengesahkan kemenangan 2-0 Belanda menewaskan Senegal untuk berada di kedudukan pertama kumpulan A bersama Ecuador.

Aksi hambar Mendy punca Senegal tewas

Aksi Mendy dalam perlawanan bertemu Belanda ini jelas sekali antara yang paling mencuri tumpuan peminat dengan beliau dipersalahkan sebagai punca mengapa skuad kendalian Aliou Cisse itu tewas.

Kedua-dua gol pasukan Belanda dikatakan berpunca dari kesilapan Mendy dan para peminat jelas sekali sangat kecewa melihat persembahan hambar penjaga gol Chelsea itu.

Musim lalu tidak dinafikan yang Mendy merupakan antara penjaga gol terhebat dalam dunia bola sepak, namun musim ini persembahan beliau merosot secara mendadak.

Kesilapan beliau dihukum oleh pemain Belanda dan menyebabkan skuadnya tewas dalam perlawanan ini.

Para peminat dan seluruh kem Senegal jelas sekali sangat berharap agar beliau bakal mampu mendapatkan semula tahap persembahan terbaiknya menjelang aksi bertemu Qatar nanti.

Senegal selepas ini akan turun bertemu pasukan tuan rumah, sebelum mereka bakal berdepan Ecuador dalam aksi perlawanan terakhir saingan peringkat kumpulan A.

Skuad kendalian Louis Van Gaal itu pula selepas ini bakal turun beraksi bertemu Ecuador yang baru sahaja menewaskan Qatar 2-0 malam semalam.

Kedua-dua Ecuador dan Belanda jelas sekali mahu mencatatkan kemenangan dalam perlawanan tersebut kerana mereka mahu memburu tempat layak ke pusingan 16 terbaik sebagai juara kumpulan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN