Qatar 2022: Adakah Denmark Sedia Untuk Mara Lebih Jauh?

  • Pasukan: Denmark
  • Benua: Eropah
  • Kali terakhir layak: 2018
  • Pencapaian terbaik: Suku akhir (1998)


Denmark dilihat mampu untuk mencipta kejutan besar dalam saingan Piala Dunia 2022 di Qatar ini berdasarkan prestasi semasa serta senarai pemain yang telah dipilih.

Tampil dengan prestasi yang agak positif pada saingan Nations League sebelum itu menerusi dua kali kemenangan dicatat keatas Perancis, menjadikan mereka wajar diberi perhatian.

Walaupun begitu, pasukan ini juga telah merekodkan dua kali kekalahan di tangan Croatia untuk menimbulkan rasa misteri dalam kalangan pemerhati bola sepak dunia mengenai prestasi sebenar mereka.

Pasukan yang dikendalikan oleh Kasper Hjulmand ini gemar menggunakan formasi 4-3-3, namun ketika ini mereka masih lagi sukar untuk mendapatkan penyerang tengah lebih bersesuaian.

Tampil dengan beberapa nama besar dalam saingan ini, Denmark mungkin mencipta suatu solusi baharu untuk memperkukuhkan serangan mereka.

Tumpuan kepada Christian Eriksen

Selepas mengalami detik gelap kerana masalah kesihatan yang dialami Eriksen sebelum ini, pemain tersebut kini kembali bangkit dengan menjadi tonggak utama buat Manchester United.

Bersama United musim ini, Eriksen telah pun menyumbang dua gol serta empat bantuan jaringan dengan menjadi salah satu tenaga utama ketika pasukan tersebut membuat serangan.

Pemain ini juga turut meledak satu gol ketika saingan Nations League lalu sewaktu mereka bertemu Croatia di mana, Perancis tewas kepada pasukan tersebut.

Kekuatan utama Eriksen terarah kepada visinya yang sangat baik serta mampu mencipta hantaran-hantaran yang sangat tepat kepada rakan pemain bagi mencipta peluang gol.

Dijangka Eriksen akan bergandingan bersama rakan pemain yang juga merupakan tonggak buat Tottenham Hotspur iaitu Pierre-Emile Højbjerg untuk mengawal posisi tengah Denmark.

Bagaimana peluang Denmark di Qatar?

Tampil dengan status sebagai juara Kumpulan F pada pusingan kelayakan lalu, Denmark pastinya dilihat sebagai salah satu pasukan tumpuan pada tahun ini.

Daripada 10 perlawanan dihadapi, pasukan tersebut mencatat 9 kemenangan dan satu kekalahan sahaja untuk mengumpul 27 mata secara keseluruhan.

Penjaring terbanyak mereka ketika itu ialah pemain pertahanan iaitu Joakim Mæhle dan tonggak muda, Andreas Skov Olsen yang masing-masing meledak lima gol.

Dalam saingan Piala Dunia ini, Denmark telah diletakkan dalam Kumpulan D bersama Perancis, Australia, dan Tunisia.

Cabaran terbesar mereka pastinya terarah kepada Perancis, namun berdasarkan rekod dua kemenangan dicatat Denmark ketika berdepan juara Piala Dunia 2018 itu, pastinya ia akan meningkatkan motivasi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN