Kisah Elon Musk Buang Pekerja Di Twitter Seakan Cerita Steve Darby Dipecat Kelantan Menerusi Facebook

Baru-baru ini pemilik syarikat media sosial terkenal aplikasi Twitter iaitu Elon Musk telah pun membuat suatu keputusan drastik yang dilihat mengejutkan ramai.

Ini kerana, beliau telah pun memecat 3,700 pekerja Twitter secara mengejut tanpa memberi sebarang notis kepada mereka mengenai perkara tersebut.

Malah, segala akses kepada komputer syarikat dan e-mel melibatkan syarikat turut disekat serta-merta dan memaksa bekas pekerja yang dibuang itu terpaksa akur dengan keputusan tersebut.

Menurut Vocket, tindakan yang dibuat oleh Musk itu disebabkan syarikat tersebut bergelut dengan isu kewangan di mana mereka terpaksa menanggung sekitar $4 juta (RM19 juta) sehari.

Pada masa sama, beliau juga dikatakan telah membawa masuk pekerja daripada Tesla selaku syarikat di bawah kendaliannya untuk membantu syarikat Twitter.

Apa yang dilakukan Musk secara drastik tersebut telah mendapat tentangan hebat daripada pihak pekerja yang meluahkan kekesalan mereka menerusi platform Twitter.

Malah, ia juga turut mendapat perhatian bekas jurulatih Kelantan iaitu Steve Darby yang turut meluahkan kekesalannya di Twitter.

Menurut pengendali berpengalaman itu, beliau menyatakan apa yang dialami oleh pekerja di Twitter itu sama seperti dirinya yang dipecat oleh Kelantan menerusi Facebook.

Perkara tersebut berlaku pada 16 April 2014, apabila presiden Kelantan ketika itu, Tan Sri Annuar Musa telah memecat Darby menerusi perkongsian di Facebook.

Jelas Annuar ketika itu, beliau telah pun mengadakan perbincangan bersama pihak pengurusan The Red Warriors untuk melepaskan Darby secara serta merta.

Selain itu, beliau juga telah mengesahkan pemain import baharu mereka Prince Tagoe turut diikat pasukan tersebut untuk menjadi tonggak serangan Kelantan.

“Setelah berbincang dengan pengurusan TRW sebentar tadi, kita mengambil keputusan melepaskan Steve Darby dari tugas kejurulatihan TRW berkuatkuasa serta merta.

“Kita juga mengesahkan TRW telah mengikat kontrak dgn pemain Piala Dunia dan Bundesliga dari Ghana iaitu Prince Tagoe. Beliau dijangka beraksi Jumaat ini menentang Sarawak,” jelas kenyataan Annuar menerusi Facebook.

Perkara ini jelas dilihat sangat tidak profesional, setelah keputusan yang dibuat itu tidak membabitkan Darby sekali dalam perbincangan dan diumumkan terus di media sosial Facebook.

Situasi yang dialami oleh pekerja Twitter dan Darby dilihat seakan sama, apabila keduanya dipecat menerusi media sosial tanpa sebarang kenyataan rasmi.

Malah, situasi tersebut juga sekali lagi melanda saingan Liga Malaysia (Liga-M) mengenai profesionalisme yang membabitkan pihak pengurusan Terengganu bersama Nafuzi Zain.

Menurut Nafuzi, beliau menganggap pengurusan Terengganu sebagai tidak profesional, apabila tawaran kontrak diberikan hanya menerusi kitman sahaja.

“Saya jurulatih pertama di Malaysia yang hanya terima surat tawaran melalui kitman di padang, tanpa perbincangan dua mata,” jelas Nafuzi.

Terkini, pihak pengurusan Terengganu telah menjawab kenyataan yang dikeluarkan oleh Nafuzi dan menganggap kata-kata pengendali tersebut telah mencemarkan imej pasukan.

Malah, mereka juga mengesahkan Nafuzi tidak menyambung tawaran kontrak baharu untuk terus bersama Terengganu pada musim hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN